SATU.
titt..! titt...! titt..!
Bunyi jam loceng di sisi katil Sarah. Tak lama selepas jam loceng dimatikan, jelas kedengaran bunyi ketukan di pintu sambil namanya di panggil berulang-ulang. 'ya ya....!! dah bangun dah ni... Kenapalah cuti sekolah habis hari ni? tak boleh ke tangguh lagi seminggu? tak puas lagi lah... uughhh...'
Langkah malas ke bilik air diperhatikan ayahnya. Memang mengundang amaran keras la jawabnya. 'Sarah, dah tingkatan lima dah. Tahun ni nak SPM, pun masih malas macam darjah satu!?'
'Entahlah ayah, agaknya kalau ada tingkatan sepuluh pun Sarah tetap malas macam ni kot' jawabnya selamba. Peduli apa ayah nak marah pagi-pagi ni. Ayah kadang-kadang tak ada sebab konkrit pun boleh naik angin. Sarah memang pantang ditegur pagi-pagi buta. Dahlah kena bangun pagi, ayah ingatkan pulak pasal SPM. Tekanan betul!
Di dapur, Kak Jura dah siap masak nasi goreng. 'Dik Sarah mahu bawa bekal ke sekolah?' tanya Kak Jura walaupun semenjak Sarah bersekolah menengah tak pernah lagi dia bawa bekal. Pada Sarah bekal makanan ni untuk sekolah rendah je. 'Kak, kantin saya ada jual burger, nugget, nasi ayam, macam-macam lagilah. Jadi tak perlulah offer saya pasal bekal setiap kali buka sekolah. Ermm, nasi goreng je ke kak?'
'Dik Sarah mahunya apa? Kak Jura bikin. Oh, apa dik sarah nggak mahu bawa bekal untuk teman baiknya?'
'Oklah oklah, bungkus la sikit untuk Linda. Nanti saya cakap Kak Jura yang kirim, bukan sebab saya yang nak bawak. Tak payahlah masak yang lain kak, saya jamah ni je.' Dalam ramai-ramai manusia, Linda jugak yang Kak Jura berkenan. Ada masanya Sarah benci bila Kak Jura kerap bertanya pasal Linda. Linda sihat tak? Linda tak nak datang rumah? Linda macam-macam lagilah. Macam kan Linda tu pun kawan baik dia jugak. Menyibuk.
Habis sepiring nasi goreng Sarah jamah, terus dia bergegas keluar rumah. Dia tidak perasan kelibat ibunya, Datin Hafida yang memerhati daripada belakang. 'Bagusnyalah anak ibu, nak pergi sekolah cepat-cepat sampai mak dia sendiri pun dia buat donno.'
'Alah ibu ni, Sarah tak perasanlah. Sori.... hehehehe...' ujarnya sambil bersalam. Keluar daripada rumah, Linda dilihat sedang membuka pintu pagar. Linda akan ke sekolah bersama dengannya ayahnya, Cikgu Anuar manakala Sarah akan dihantar oleh Pok Di. 'Linda, Linda..! Ni ambik ni, kakak indon kau bagi nasi goreng resepi ala sumatera timur..!' laung Sarah sambil menunjukkan bekas makanannya.
'Apa dia Sarah? salam pantai timur?' balas Linda. Tidak pasti dengan apa yang didengarnya, sekadar membalas untuk mendapatkan kepastian.
'Sejak bila kau sound trouble ni? Dahlah, nanti jumpa dekat sekolah.' ujar Sarah. Dia tidak pasti entah Linda dengar atau pun tak kali ini. Bagi Sarah, Linda adalah rakan yang paling setia sebab walau banyak mana pun dia disusahkan, Linda tetap akan berusaha membantu. Sarah memang terkenal dengan sifat membuli. Tidak hairanlah kalau pada kebanyakan masanya Sarah yang banyak menyusahkan Linda. Linda pula selalu menurut, agaknya sebab mak dan ayah dia selalu marah kalau melawan dan cari pasal. Tahun ni, memang akan lebih teruk pembulian, sebab nak periksa. Sarah bertekad, tahun ini Linda adalah tempat rujukan ekslusif untuknya sebab Linda merupakan pelajar harapan sekolah.
'Apahal sekalipun kalau dalam study, Linda mesti tolong aku dulu. Siapa lagi nak tolong kalau bukan member baik sendiri.' ujar Sarah dalam hati sambil tersenyum sendiri.
1 comment:
sambung laaa....hehe
Post a Comment