Tuesday, January 22, 2013

Rindu Semalam: PROLOG

PROLOG

"Lin, siapa yang telefon tadi? lama mak tengok kamu berbual."
Tersentak Linda apabila disapa ibunya daripada belakang. Bingkas dia bangun sambil menyorokkan telefon bimbitnya ke belakang. "Haiqal mak. Dia kata nak datang dengan Auntie Shima. Insya Allah 2 minggu lagi." balas Linda cuba menyembunyikan debaran dalam dirinya. "Baguslah, kalau kebetulan kena masanya boleh kita ajak sekali ke kenduri Khaidir. Baru tadi Sarah datang bawa kad jemputan untuk majlis abangnya. Mak pun terkejut juga, ingatkan majlis tu akhir tahun nanti."

Linda tergamam. Perasaannya jadi bercampur baur, adakah resah yang dialaminya itu kerana berdebar bakal bertemu Haiqal yang serius ingin menyuntingnya atau kejutan berita Abang Khaidir, insan yang mengajarnya erti rindu dan cinta itu bakal bernikah dalam masa terdekat? Sememangnya sukar menafikan cinta pertama, biarpun rajuk hati Linda telah membawanya jauh beribu batu dan bertahun di perantauan.

No comments: