Saturday, January 26, 2013

Kaulah segalanya...

Kisah sedih tahun 2008 suatu ketika dahulu berulang kembali.

aku malas okeh nak cerita yang 2008 tu, kang tak pasal bergenang dek mengenang hidup susah zaman dahulu, haish...!

Hari Jumaat hari penuh berkat dan aku bercuti penuh nikmat. Kenikmatan tidak terkata kerana aku telah dikhabarkan akan ganjaran hasil titik peluh bekerja penat lelah sebulan. Walaupun hakikatnya hidung meleleh dan mata membengkak dek kerana virus-virus selsema menyerang tanpa sempadan. Dek kerana ingin memanjatkan rasa syukur, aku telah bertekad kali ini punya gaji aku akan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Aku tekad..! Mesti pergi..! Biarlah apa pun terjadi..

Awal pagi Pak Incik dah tanya nak pergi klinik ke tak, kalau nak dia tolong bawak. Sayang juga Pak Incik padaku. Tapi melihatkan beliau dah bersiap wangi-wangi , sebab aku dah diberitahu beberapa hari sebelumnya dia perlu ke Pengkalan Kubor ada urusan pekerjaan. Membau diri sendiri, membandingkan kehenseman beliau, ahhh kensellah. Tak apalah, aku dengan konon berupaya menolak pelawaan dengan senyum manis. Pak Incik tanya lai, ada duit ke tak. Dengan wajah manis lagi ayu bermata merah bengkak pingpong aku menolak sekali lagi. Pak Incik pun bukan gabak sangat dompet, aku tahu dah hahahaha... 

Pukul 2.30 ptg aku keluar rumah, menuju ke Petronas nak ambil duit. Hati menyanyi riang, kali ini bila duit elaun dah masuk penyakit pulih pasti boleh bekerja dengan lebih semangat. Aku parkir kereta penuh tertib. Aku beratur penuh ketenangan dengan senyuman di mesin ATM. Sampai giliran, aku hulurkan kad bank ke dalam slot penuh adab 2 belah tangan. Arahan memasukkan nombor pin muncul. Tet, tet, tet, tet, tet dan tet bunyi berkumandang. Walaupun jiwa gelojoh bergelora, aku tetap menyemak baki dengan harapan tiba-tiba melihat baki 5 angka bererti sebelum titik perpuluhan.


SILA TUNGGU SEBENTAR



























BAKI AKAUN ANDA RM20.75
ADAKAH ANDA INGIN MENERUSKAN URUSAN?




Bangsat! Tak hingin aku...!

No comments: