Susuk tubuh kurus berwajah serius
Senyum bukan bahasa tubuhnya
Senyap caranya bersuara
Cukup difahami dan pasti dituruti
Apa sebenarnya yang ada dalam hati?
Kasih tidak bertepi hingga tidak terluah?
Atau prinsip yang berkecamuk dek cinta meluas langit?
Tapi bukan dendam, bukan benci.
Kerana redup mata itu masih kekal memandang hingga kejauhan
Biarpun bukan ditatap berhadapan
Utuh sifat yang dipamer mengajar rasa hormat.
Senyum sumbing mendidik sifat usaha gigih.
Tepukan bahu tanda bangga mengundang yakin diri.
Kini,
Pada kedutan dahi dan mata
Kita mampu berhadapan dan bercerita
Aku tidak gentar malah kagum dan percaya
Yang aku alami dulu demi masa hadapan
Agar abah tak perlu kekal tegas
Tak perlu berterusan risau
Biarlah payah mendidik
Kelak tidak akan susah membela.
Moga aku bukanlah kesusahan mu kini,
Abah...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment