Milah menetapkan jam pada nokia 3310 nya kepada pukul 5.30 pagi. Dia telah dimaklumkan lebih awal bahawa rakan baiknya Jijah akan tiba daripada Kedah dalam lingkungan waktu tersebut. Jijah seperti biasa menaiki Bas Ekspres Hasry, satu-satunya pengangkutan daripada Sahab Perdana ke Bachok Baru Bachok Maju.
ko da nek bas ke? agk2 smpy pkul bpe?
SMS Milah senyap tidak berbalas. Pelik. Hanya sms awal yang mengatakan bas yang dinaikinya bakal bertolak jam 8.30 malam. Itu pun dihantar kepadanya petang, ketika dia masih di pejabat.
5.00 pagi.
'Milah, bangun wooii... Aku dekat depan pintu rumah kau ni...' nada Jijah separa berbisik dalam perbualannya melalui telefon untuk mengejutkan Milah. Milah yang cekap membuka pintu jurus mata tertutup, terus membenarkan Jijah masuk tanpa soalan. Dia sekadar menunjukkan ruang sudut biliknya untuk Jijah meletakkan barang dan melabuhkan kepala. Sebelum Milah kembali terlelap, hidungnya ditusuk bau yang kurang menyenangkan, seperti bau setanggi. 'Jah... kau bawak balik ape nih....? Bau kemenyan, jumpa dukun ke ape...?'
'Eh bau eh...? bau badan aku kot... Bas tu tadi, ada bau setanggi...' Jijah meneruskan membuka begnya, mengeluarkan baju untuk disalin sebelum tidur sebentar menanti subuh.
6.15 pagi.
Milah mengejutkan Jijah untuk sembahyang subuh. Milah sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. Jijah tidur berkelubung hingga ke kepala. Milah menyelak, Jijah kelihatan pucat. Tersentak dengan rupa paras Jijah, Milah berundur sedikit. Jijah disepak-sepak manja dengan kakinya. 'Jah ooiii... bangun subuh, kang Allah marah kau tak bangun', sengaja disebut nama Allah, moga-moga jika Jijah bertukar hantu tidaklah dia terus dicekik mati.
Bingkas Jijah bangun...! Terbuntang matanya...! 'Dah pukul berapa...??? Subuh ada lagi tak...???'
Bersilat Milah terkujat. 'Allahuakbar...!! Allahuakbar...!! Jangan dekat wahai syaitonnnn....!!!'
Melihatkan Milah bersilat penuh bunga dengan mulut terkumat-kamit ayat penghalau jin dan syaitan membuatkan Jijah tambah berdebar. Cepat dia capai tualanya, lari ke bilik air.
Milah dengan pantas berlari ke arah tv. Dia mencari-cari alat kawalan jauh Astro. Mahu diubahnya siaran ke saluran 106, kalau ada mengaji pasti hantu Jijah akan keluar dari rumahnya. Dalam kepalanya sudah diatur, sampai pejabat dia akan berjumpa Ustaz Ariffin untuk di-exorcist rumahnya itu.
Assalamualaikum. Berita pagi.
Sebuah bas ekspress Hasry yang dipercayai dalam perjalanan daripada Alor Setar ke Bachok Kelantan telah menjunam memasuki gaung di kilometer 95 laluan Grik-Jeli. Bas yang dipercayai memuatkan 40 orang penumpang itu masih lagi terperangkap di dalam gaung dan setakat ini tiada penumpang yang terselamat. Pihak penyelamat masih lagi bertungkus lumus untuk turun ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa. Punca kejadian juga masih belum dikenalpasti.
Milah ternganga.... Sahlah..! Sahlah..! Malam tadi hantu Jijah yang datang menumpang rumahnya...
'Toooooollloooooooonnngggggggg.....!!' memekik Milah sambil berlari keluar rumahnya. Tertinggal semua handbag dan beg kerjanya. Dia berniat untuk memecut terus ke pejabat sambil memegang erat remote Astro ibarat baton.
***
'Milah....!! hoi....!!' Jijah berkemban keluar daripada bilik air apabila didengarnya Milah memolong meminta tolong. Sempat dia menangkap sedikit berita berkenaan Bas Ekspres Hasry yang sepatutnya dia naiki malam tadi. 'Eh...? hurm, lupa nak bagitahu Milah aku naik Bas Sani.... Nasib kau lah Milah, penakut kihkihkih....'
kata-kata dalam minda apabila sampai ke hati khuatir ia terpesong dek nafsu. aku bicara dalam tinta elektronik, bukan sebab gengsi, tapi atas sebab tersendiri... ~pitamlah..!~
Wednesday, January 30, 2013
Tuesday, January 29, 2013
RS: 2
DUA.
Sarah kelihatan
mundar-mandir sendirian di tepi tangga blok A pada waktu rehat. Tak seperti pelajar lain yang berebut ke kantin. Biasalah umur remaja, badan
memang nampak slim tapi kalau makan seekor kuda pun boleh habis. Sarah semakin
resah menunggu Linda, 'Lambatnya..! Linda ni nak jadi lauk aku ke ape...??!!'
bentak Sarah sambil memandang jam di tangannya. 'Lagi 10 minit nak habis rehat
ni, haduuiii...'
'Sarah....!' laung
Linda dari jauh. Berlari Linda mendapatkan Sarah. Dia faham sangat perangai Sarah, kalau lambat makan memang serupa singa betina. 'Weyh, sorilah. Tadi ada
perjumpaan dengan Pengetua la... Betul-betul masa keluar rehat tadi. Aku
tak sempat nak pesan dekat orang lain. Mana bekal Kak Jura kirim..?'
Sarah masih bengang dengan
Linda. Walaupun dia tahu, ada juga budak kelasnya dipanggil berjumpa Pengetua dan dia juga yakin pasti Linda terlibat sama. 'Basi, kau lambat sangat', balas Sarah ringkas.
'Oh, kalau dah basi tak apelah, lagipun tadi aku dah jamah kuih masa perjumpaan tu. So, sekarang ni
nak lepak mana?'
'Balik kelas
jelah, lepak amende dah tinggal lagi 5 minit. Budak cerdik macam kau mana boleh
masuk kelas lewat, karang cikgu pandang slack pulak, tak berkat ilmu', Sarah
melepaskan geramnya.
Linda faham, Sarah
marah padanya dan perkara tu memang selalu berlaku. Tak perlu ambil pusing sangat,
kalau dilayan memang lagi parah. 'Dahlah Sarah, tak payahlah nak marah-marah.
Jom pergi koperasi, aku belanja aiskrim'.
'Aiskrim tak
kenyang', balas Sarah sambil mengetap bibir. 'Kalau tak nak sudah', balas Linda
selamba. Linda terus berjalan ke koperasi. Selang lima langkah, Sarah muncul di
sisinya, 'Aku nak Mat Kool pisang yang boleh selak kulit tu eh', ujar Sarah
sambil senyum tayang gigi.
'Orait..!' Dua
sahabat itu pun bergegas ke koperasi dalam kesuntukan masa rehat yang
berbaki seminit lagi.
***
'Linda, subjek
matematik tambahan kelas kau dah masuk topik fungsi trigonometri ke belum eh?' tanya Sarah.
Setiap petang, Sarah akan mengajak Linda mengulangkaji pelajaran di rumahnya.
'Dah nak habis dah
pun. Kenapa? nak tiru kerja rumah?'
'Ish, kau ni...
Aku nak mintak tolong ajar je, belum lagi sampai tahap nak pinjam homework kau
hehehehe... Tapi kalau kau nak cut the chase, haaa bak sini buku kau tu'.
Belum sempat Sarah
mengambil buku matematik tambahan Linda, tiba-tiba dia ditegur 'Hey adik, kalau
asyik nak meniru tak merasalah nak belajar luar negeri macam abang...'
Alangkah
terkejutnya Sarah apabila melihat abangnya, Khaidir berdiri dihadapan matanya.
'Abanggg...!!!' berlari Sarah ke arah abangnya. 'Ibu cakap abang balik minggu
depan..! Ni ibu tahu tak abang dah balik ni..?'
Khaidir sekadar
menggelengkan kepalanya, 'Jangan bagitahu ibu dan ayah lagi tau, kita buat
suprise eh'.
Gelagat dua
beradik itu diperhatikan penuh minat oleh Linda. Linda hampir terlupa yang Sarah
mempunyai seorang abang yang menuntut di Amerika Syarikat. Sarah jarang
bercerita tentang abangnya, kerana perbezaan umur mereka agak jauh. Namun
jelas sekali Sarah nampak sangat gembira dengan kepulangan abangnya. Linda
sekadar tersenyum sendiri sambil memerhati, alangkah seronoknya ada adik
beradik. Jadi anak tunggal memang sempurna, tapi kalau ada adik beradik pasti
lebih meriah.
Melihatkan Linda
memerhati sambil tersenyum, Khaidir memandang tepat ke arah anak mata Linda.
Pandangan mereka bertemu. Khaidir tersenyum dan mengangkat keningnya, tertanya
tentang reaksi Linda. Lekas Linda menggelengkan kepala, fokusnya dikembalikan
kepada buku-buku dihadapannya. Wajah Linda bertukar merah, nyata dia malu.
***
Khaidir merasa
sungguh lega sekembalinya dia ke tanah air. Dia bersyukur melihat perniagaan
ayahnya semakin baik, ibunya gembira dan adiknya sudah betul-betul remaja. Tak
sangka, dalam masa 6 tahun dia di perantauan begitu banyak perubahan yang
berlaku. Kalau dulu, waktu dia meninggalkan tanah air untuk melanjutkan
pelajaran peringkat sarjana, Sarah masih bersekolah rendah. Terbayang-bayang
lagi Sarah merajuk seminggu tidak mahu bercakap dengannya apabila dia
memberitahu akan pergi jauh ke Amerika. Sarah kata Khaidir tidak sayang
keluarganya lagi, sebab tu Khaidir nak pergi jauh. Dalam Khaidir mengelamun,
dia dikejutkan oleh sapaan Cikgu Anuar dari laman bersebelahan,
'Assalamualaikum Khaidir. Wah, segak betul kamu sekarang. Balik bercuti ke
balik terus dah?'.
'Back for good
Cikgu, alhamdulillah' balas Khaidir ringkas sambil tersenyum. Pandangan matanya
yang redup beserta raut wajah yang bersih dan bertubuh sederhana memang jelas
menampakkan ketampanan Khaidir.
'Alhamdulillah.
Apa perancangan lepas ni? Teruskan ke PhD atau kerja dulu?' tanya Cikgu Anuar
berminat.
'Kerja dulu Cikgu.
Universiti dah panggil masuk kerja dah. Insya'Allah, Isnin depan saya mula. Dekan fakulti saya dah bising suruh lapor diri. Padahal saya ada cuti
seminggu lagi' ujar Khaidir. Dia suka berbual dengan Cikgu Anuar. Perbualan
yang selalunya dipenuhi dengan pengetahuan am dan hal ehwal semasa.
'Biasalah, dah
hantar belajar mestilah penaja nak tengok hasilnya kan? Hahahaha... Oh ya
Khaidir, kalau ada masa Cikgu nak minta tolong kamu sikit. Tolong nasihatkan
dan bagi kata-kata semangat pada Linda. Minta pendapatlah berkenaan memilih
kursus, universiti mana yang baik. Tak kesahlah, asalkan nasihat yang
bermanfaat. Anak tunggal, kadang-kadang cakap mak ayah ni dia dah lali. Kalau
orang macam kamu, pensyarah muda impaknya lain sikit kan.' Kata-kata Cikgu
Anuar kedengaran berharap.
'Saya cuba semampu
saya Cikgu'.
Linda... Khaidir tersenyum.
Labels:
ep2,
rindu semalam
Saturday, January 26, 2013
Kaulah segalanya...
Kisah sedih tahun 2008 suatu ketika dahulu berulang kembali.
aku malas okeh nak cerita yang 2008 tu, kang tak pasal bergenang dek mengenang hidup susah zaman dahulu, haish...!
Hari Jumaat hari penuh berkat dan aku bercuti penuh nikmat. Kenikmatan tidak terkata kerana aku telah dikhabarkan akan ganjaran hasil titik peluh bekerja penat lelah sebulan. Walaupun hakikatnya hidung meleleh dan mata membengkak dek kerana virus-virus selsema menyerang tanpa sempadan. Dek kerana ingin memanjatkan rasa syukur, aku telah bertekad kali ini punya gaji aku akan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Aku tekad..! Mesti pergi..! Biarlah apa pun terjadi..
Awal pagi Pak Incik dah tanya nak pergi klinik ke tak, kalau nak dia tolong bawak. Sayang juga Pak Incik padaku. Tapi melihatkan beliau dah bersiap wangi-wangi , sebab aku dah diberitahu beberapa hari sebelumnya dia perlu ke Pengkalan Kubor ada urusan pekerjaan. Membau diri sendiri, membandingkan kehenseman beliau, ahhh kensellah. Tak apalah, aku dengan konon berupaya menolak pelawaan dengan senyum manis. Pak Incik tanya lai, ada duit ke tak. Dengan wajah manis lagi ayu bermata merah bengkak pingpong aku menolak sekali lagi. Pak Incik pun bukan gabak sangat dompet, aku tahu dah hahahaha...
Pukul 2.30 ptg aku keluar rumah, menuju ke Petronas nak ambil duit. Hati menyanyi riang, kali ini bila duit elaun dah masuk penyakit pulih pasti boleh bekerja dengan lebih semangat. Aku parkir kereta penuh tertib. Aku beratur penuh ketenangan dengan senyuman di mesin ATM. Sampai giliran, aku hulurkan kad bank ke dalam slot penuh adab 2 belah tangan. Arahan memasukkan nombor pin muncul. Tet, tet, tet, tet, tet dan tet bunyi berkumandang. Walaupun jiwa gelojoh bergelora, aku tetap menyemak baki dengan harapan tiba-tiba melihat baki 5 angka bererti sebelum titik perpuluhan.
SILA TUNGGU SEBENTAR
BAKI AKAUN ANDA RM20.75
ADAKAH ANDA INGIN MENERUSKAN URUSAN?
Bangsat! Tak hingin aku...!
Labels:
akupunyapasal
RS: 1
SATU.
titt..! titt...! titt..!
Bunyi jam loceng di sisi katil Sarah. Tak lama selepas jam loceng dimatikan, jelas kedengaran bunyi ketukan di pintu sambil namanya di panggil berulang-ulang. 'ya ya....!! dah bangun dah ni... Kenapalah cuti sekolah habis hari ni? tak boleh ke tangguh lagi seminggu? tak puas lagi lah... uughhh...'
Langkah malas ke bilik air diperhatikan ayahnya. Memang mengundang amaran keras la jawabnya. 'Sarah, dah tingkatan lima dah. Tahun ni nak SPM, pun masih malas macam darjah satu!?'
'Entahlah ayah, agaknya kalau ada tingkatan sepuluh pun Sarah tetap malas macam ni kot' jawabnya selamba. Peduli apa ayah nak marah pagi-pagi ni. Ayah kadang-kadang tak ada sebab konkrit pun boleh naik angin. Sarah memang pantang ditegur pagi-pagi buta. Dahlah kena bangun pagi, ayah ingatkan pulak pasal SPM. Tekanan betul!
Di dapur, Kak Jura dah siap masak nasi goreng. 'Dik Sarah mahu bawa bekal ke sekolah?' tanya Kak Jura walaupun semenjak Sarah bersekolah menengah tak pernah lagi dia bawa bekal. Pada Sarah bekal makanan ni untuk sekolah rendah je. 'Kak, kantin saya ada jual burger, nugget, nasi ayam, macam-macam lagilah. Jadi tak perlulah offer saya pasal bekal setiap kali buka sekolah. Ermm, nasi goreng je ke kak?'
'Dik Sarah mahunya apa? Kak Jura bikin. Oh, apa dik sarah nggak mahu bawa bekal untuk teman baiknya?'
'Oklah oklah, bungkus la sikit untuk Linda. Nanti saya cakap Kak Jura yang kirim, bukan sebab saya yang nak bawak. Tak payahlah masak yang lain kak, saya jamah ni je.' Dalam ramai-ramai manusia, Linda jugak yang Kak Jura berkenan. Ada masanya Sarah benci bila Kak Jura kerap bertanya pasal Linda. Linda sihat tak? Linda tak nak datang rumah? Linda macam-macam lagilah. Macam kan Linda tu pun kawan baik dia jugak. Menyibuk.
Habis sepiring nasi goreng Sarah jamah, terus dia bergegas keluar rumah. Dia tidak perasan kelibat ibunya, Datin Hafida yang memerhati daripada belakang. 'Bagusnyalah anak ibu, nak pergi sekolah cepat-cepat sampai mak dia sendiri pun dia buat donno.'
'Alah ibu ni, Sarah tak perasanlah. Sori.... hehehehe...' ujarnya sambil bersalam. Keluar daripada rumah, Linda dilihat sedang membuka pintu pagar. Linda akan ke sekolah bersama dengannya ayahnya, Cikgu Anuar manakala Sarah akan dihantar oleh Pok Di. 'Linda, Linda..! Ni ambik ni, kakak indon kau bagi nasi goreng resepi ala sumatera timur..!' laung Sarah sambil menunjukkan bekas makanannya.
'Apa dia Sarah? salam pantai timur?' balas Linda. Tidak pasti dengan apa yang didengarnya, sekadar membalas untuk mendapatkan kepastian.
'Sejak bila kau sound trouble ni? Dahlah, nanti jumpa dekat sekolah.' ujar Sarah. Dia tidak pasti entah Linda dengar atau pun tak kali ini. Bagi Sarah, Linda adalah rakan yang paling setia sebab walau banyak mana pun dia disusahkan, Linda tetap akan berusaha membantu. Sarah memang terkenal dengan sifat membuli. Tidak hairanlah kalau pada kebanyakan masanya Sarah yang banyak menyusahkan Linda. Linda pula selalu menurut, agaknya sebab mak dan ayah dia selalu marah kalau melawan dan cari pasal. Tahun ni, memang akan lebih teruk pembulian, sebab nak periksa. Sarah bertekad, tahun ini Linda adalah tempat rujukan ekslusif untuknya sebab Linda merupakan pelajar harapan sekolah.
'Apahal sekalipun kalau dalam study, Linda mesti tolong aku dulu. Siapa lagi nak tolong kalau bukan member baik sendiri.' ujar Sarah dalam hati sambil tersenyum sendiri.

ep1,
rindu semalam
Friday, January 25, 2013
Kekabu Putih
'Terima kasih Pak Samad. Susah-susah hantarkan saya ke sini. Hujung kampung pula tu.' Pak Samad sekadar mengangguk sambil tersenyum. Agaknya dia ni memang tak banyak cakap orangnya. Inilah tempat tinggal aku untuk entah berapa tahun pun aku tak pasti. Itulah, mak dah pesan suruh kahwin sebelum habis belajar, biar tak kena mengajar dekat sekolah ceruk kampung, tapi aku degil. Cukup baik aku dah ikut cakap ambik jurusan cikgu.
Laila, bl kau nk smpy ni? Xkn nk biar aku dok dgn antu kot malam ni. Dala rmh sblh utan.
Hantar. 'Bismillahirrahmanirrahim.' Rumah ni nampak ok. Perabut tak ada tu biasalah, dah nama pun rumah sewa. Nasib baik aku bawak tikar.
Woi Eton. Aku smpy esok pg kowt. X sempat dowh, sbb aku br je grk dr rmh ni. Ko kalu tkut, pi la tdur umah guru besar yg rekomen rumah tu dulu hahahaha.
Aaaahhhh biar betul Laila ni? Celaka minah ni. Lantak lah, lagipun untuk malam ni je. Takkan la cikgu pendidikan jasmani macam aku ni nak tumpang-tumpang rumah orang. Malu kot, badan ala atlet tapi hati kecut. Ok, bilik ada tiga. Baik aku ambil bilik yang sedang-sedang. Lagipun aku tengok bilik yang kecil tu macam berkunci. Mestilah tempat tuan rumah letak barang-barang dia.
Sbb aku plg awl, ko kna amek blk plg kcik. Nasiblah hahahaha...
***
Mujurlah aku ada broadband Celcom, kalau tak memang mati kutu duduk sorang macam ni. Update bloglah.
'Assalamualaikum...!'
Haik...? ni suara perempuan mana ni...? 'Walaikumsalam.' Aku intai daripada tingkap, nampak sorang kakak, umur dalam lingkungan lewat 20an, bawa bungkusan makanan dekat tangan. Gaya macam baru balik kerja. 'Akak cari siapa...?'
'Oh, adik ni penyewa baru ye? Akak Kak Iza, anak tuan rumah. Boleh akak masuk?' Nasib baik anak tuan rumah ni perempuan. Lalu je Kak Iza depan aku, semerbak bau syampu Sunsilk warna merah jambu. 'Akak pakai syampu Sunsilk eh..? Warna pink..?'
'Haah, akak pakai conditiner yang tanpa bilas tu. Tu yang rambut jadi lembut mayang mengurai ni. Kadang-kadang kalau keluar dari rumah pagi-pagi orang selalu salah anggap, diorang ingatkan hantu hehehehehe...'
Haish Kak Iza ni, buat kelakar seram pulak. Kak Iza bagitahu, tujuan dia datang sebab nak tengok siapa penyewa dan nak pastikan semuanya ok. Terkejut jugak dia sebab aku datang sorang, selalunya kalau penyewa tu sorang kebanyakan akan sewa dulu semalaman dekat homestay sebelah sekolah. Kak Iza pun ada cakap, kalau rumah tu penyewa mesti lebih daripada sorang, takut nanti jadi apa-apa senanglah.
'Zaiton, kalau pokok kekabu dekat tepi pintu pagar tu dah pecah buahnya jangan tinggal sorang dekat rumah. Takut nanti diintai hantu. Kalau hantu tu wangi macam Kak Iza tak apa hehehehehe... Ini Kak Iza ada bawakkan ubi keling rebus. Pernah makan? maflah tak ada sambal, esok Ton masaklah tak pun beli dekat sekolah.'
Agakya Kak Iza ni memang suka buat lawak seram. Tapi boleh tahan banyak cakap juga. Aku kalau baru-baru ni memang tak pandai sangat nak berbual, setakat angguk bolehlah. Sambil melayan Kak Iza bercerita, tba-tiba dengar bunyi telefon. 'Sekejap kak ye, saya angkat telefon...' Tak sempat aku nak habiskan ayat, Kak Iza terus menjawab 'Tak apalah Ton, akak pun dah nak balik ni. Takut nanti orang salah faham, kes rambut ni...? hehehehehe' sambil diselati rambut dengan jarinya yang mulus.
'Hello Eton..! Eh malam ni kau tidur situ sorang je ke...?' Suara Laila berbunyi cemas. 'Haah la, habis tu kat mana lagi...? eh kau tunggu kejap La, aku nak hantar kakak anak tuan rumah ni kejap...'
'Ton, ton..!!...'
Bergegas aku ke pintu, tengok Kak Iza dah keluar, berdiri betul-betul tepi pintu pagar. Kak Iza toleh kepada aku 'Ingat tau Zaiton, kalau buah kekabu pecah jangan tinggal sorang dekat rumah.' sambil tangannya menjangkau memetik buah kekabu putih dahan paling tinggi...

Tuesday, January 22, 2013
Rindu Semalam: PROLOG
PROLOG
"Lin, siapa yang telefon tadi? lama mak tengok kamu berbual."
Tersentak Linda apabila disapa ibunya daripada belakang. Bingkas dia bangun sambil menyorokkan telefon bimbitnya ke belakang. "Haiqal mak. Dia kata nak datang dengan Auntie Shima. Insya Allah 2 minggu lagi." balas Linda cuba menyembunyikan debaran dalam dirinya. "Baguslah, kalau kebetulan kena masanya boleh kita ajak sekali ke kenduri Khaidir. Baru tadi Sarah datang bawa kad jemputan untuk majlis abangnya. Mak pun terkejut juga, ingatkan majlis tu akhir tahun nanti."
Linda tergamam. Perasaannya jadi bercampur baur, adakah resah yang dialaminya itu kerana berdebar bakal bertemu Haiqal yang serius ingin menyuntingnya atau kejutan berita Abang Khaidir, insan yang mengajarnya erti rindu dan cinta itu bakal bernikah dalam masa terdekat? Sememangnya sukar menafikan cinta pertama, biarpun rajuk hati Linda telah membawanya jauh beribu batu dan bertahun di perantauan.

prolog,
rindu semalam
Sunday, January 20, 2013
Penakut
2 hari lepas, duduk di dapur pejabat. Santak dari lepas makan tengahari sampai ke suntuk waktu Zuhur aku berleter. Kononnya bercerita angan-angan jalan cerita novel yang bakal aku tulis. Kononnya.....
Padahal aku ni idea berlambak tapi penakut terlebih. Tunggulah nanti kalau rajin. Esok ke, lusa ke atau mungkin tak ada.
Idea berlambak ke? pasti? ke perasan lebih.... huahuahua...
Labels:
akupunyapasal
Tuesday, January 1, 2013
ABAH
Susuk tubuh kurus berwajah serius
Senyum bukan bahasa tubuhnya
Senyap caranya bersuara
Cukup difahami dan pasti dituruti
Apa sebenarnya yang ada dalam hati?
Kasih tidak bertepi hingga tidak terluah?
Atau prinsip yang berkecamuk dek cinta meluas langit?
Tapi bukan dendam, bukan benci.
Kerana redup mata itu masih kekal memandang hingga kejauhan
Biarpun bukan ditatap berhadapan
Utuh sifat yang dipamer mengajar rasa hormat.
Senyum sumbing mendidik sifat usaha gigih.
Tepukan bahu tanda bangga mengundang yakin diri.
Kini,
Pada kedutan dahi dan mata
Kita mampu berhadapan dan bercerita
Aku tidak gentar malah kagum dan percaya
Yang aku alami dulu demi masa hadapan
Agar abah tak perlu kekal tegas
Tak perlu berterusan risau
Biarlah payah mendidik
Kelak tidak akan susah membela.
Moga aku bukanlah kesusahan mu kini,
Abah...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Subscribe to:
Comments (Atom)