'Rindunyaaalahai... Bila nak balik sini ni sayang..?'
Antara ungkapan perbualan telefon Hana yang dapat ditangkap Mak Jah. Tahulah kini Mak Jah bahawasanya anak daranya itu sudah ada kekasih hati. Mungkin kebanyakan ibu yang lain bersyukur kerana anak gadis sudah berpacaran, tetapi Mak Jah didatangi rasa kurang enak. Agak terkejut juga Mak Jah apabila Hana bersayang bagai dalam telefon. Iyalah, bukannya lama sangat Hana tak balik ke rumah cuti semester. Baru sahaja berselang 6 bulan. Sampai begini sekali penangan cinta terkena pada Hana.
Mak Jah menyambung curi dengar. Sekejap-sekejap Hana ketawa kecil. Kadangkala ada terdengar istilah seperti 'ngapain', 'nggak ah' dan 'bisa'. Makin menambahkan kerisuan dalam hati. 'Anak aku ni bercinta dengan Lombok ke?' bertanya Mak Jah sendiri dalam hati. Nak ditanya terus pada Hana, belum masanya lagi. Mak Jah nak sisat sendiri dulu.
Jas dihubungi.
'Assalamualaikum Jas.
Apa khabar kamu?
Alhamdulillah Mak Jah sihat.
Tak ada apa, Mak Jah cuma nak tanya, Hana punya boyfren tu orang mana ye?'
***
Pertanyaan Mak Jah terhadap Jas membuatkan dirinya jadi bingung sekejap. Apa Hana tak bagitahu pada mak dia ke yang dia tengah hangat bercinta dengan Budi? Kenapa sampai perlu mak dia telefon aku?
'Hana tak cerita pada Mak Jah lagi ke?
Ooooo, belum cerita lagi lah tu kot.
Eh tak, takkan lah saya nak sembunyi dengan Mak Jah. Mak Jah kan dah macam mak saya sendiri.
Ermm... Budak lelaki tu nama Budi, orang Acheh.
Saya? Tak kenal rapat sangat. Kitorang keluar bertiga pun jarang-jarang. Selalu Hana keluar dengan Budi je berdua.
Ok je budaknya, cuma itulah. Indonesia kan, saya pun tak berkenan sangat. Tapi tak tahulah Hana.
Ok Mak Jah, sama-sama. Assalamualaikum.'
'Huuuu...' Dengusan lega daripada Jasmin selepas menamatkan perbualan dengan Mak Jah. Dia berharap pendapatnya cukup adil, biarlah Mak Jah dan Hana yang selesaikan perkara selanjutnya.
Jas pun terasa hati juga apabila Hana sudah semakin kurang meluangkan masa bersamanya. Iyalah, kalau dahulu ke hulu ke hilir mereka berdua. Makan pun kadangkala kongsi sepinggan. Tapi semenjak Budi hadir dalam hidup Hana, Jas seperti terabai. Pernah sekali mereka bertegang leher mempertikaikan sikap masing-masing. Jas menegur Hana yang leka melayan cinta hingga persahabatan mereka terbiar. Hana pula tak puas hati kerana Jas menuduhnya sebegitu sedangkan Budi dan dia setiap kali mahu keluar pasti akan mengajak Jas. Cuma Jas yang keberatan. Makanan yang dibawa pulang untuk Jas pun kadangkala terbiar basi tidak berusik.
Jas meraup wajahnya, seperti menyesal tidak mempercayai teman baik sendiri. Dia juga berharap agar Hana 'slow down' dalam bercinta. Takut pelajaran terabai.
Lamunan Jas terhenti apabila telefon bimbitnya berdering. Nama Mak Jah tertera di skrin.
'Ya walaikumsalam Mak Jah. Eh kenapa ni?
Astaghfirullahal'azim... Bawak mengucap Mak Jah. Janganlah nangis sampai macam ni sekali.
Betul, wallahi saya tak tahu dia dah kahwin!
Mak Jah bertenang dulu, biar saya telefon Hana. Mungkin dia ada penjelasan.'
Terkejut, terduduk, tercampak keluar jantung.
Mak Jah menuduh Jas menyembunyikan berita perkahwinan antara Hana dan Budi. Bila masa Hana kahwin? Kenapa Jas tak tahu?
Panas hati. Panas hati betul Jas dengan perangai Hana. Memang dah gila agaknya budak Hana tu. Pantas jarinya menekan 'speed dial' ke nombor Hana.
'Ape kau ni dah nak mampos..???!!!' Sapaan marah Jas terhadap Hana apabila panggilannya berjawab.
'Tolong Jas, dengar dulu aku...'
'Syaitan mana dah merasuk kau ni sampai kau kahwin pun aku tak tau?! Apa si Budi dah kasi pada engkau sampai kau kahwin tak bagitahu mak sendiri?! Sial lahh...!' berhamburan kemarahan Jas melalui corong telefonnya.
'Weyh! Kau tahu kan perangai mak aku macam mana??!!' Giliran Hana pula meninggikan suara.
'Tapi itu mak kau..! Pernah ke selama ni dia larang kau buat apa yang kau nak?? Pikirlah wei, itu mak tau. Mak...!' Jas pintas laju.
'Jas..!! Bukan itu maksud aku. Mak aku, kau tahukan dia tu paranoid...' nada suara Hana mula mengendur.
'Aku mengaku aku silap. Aku tak fikir panjang, main cakap direct je. Mak aku tuduh aku dah kahwin. Dia overheard aku borak dengan Budi. Aku sebut sayang.
Memang la aku tak patut cakap macam tu, tapi aku ingat kalau mak aku dengar takde pape.
Iya, tahu... Hey! dengarlah dulu...
Lepas tu dia cakap aku dah berubah, makin rajin macam surirumah. Pulak tu dia tambah pulak cakap aku dah makin gemuk macam bini orang. Terus dia buat persamaan kimia, kata aku dah kahwin.
Mestila mula-mula aku kata tak. Tapi bila aku kata tak, meraung-raung siap menangis. Paniklah aku!
Bila aku diam, mak aku keep on desak. Dia cakap kalau aku mengaku barulah lega hati dia. Aku dah tak tahan, aku mengaku jelah.'
Hana berharap penjelasannya mampu meyakinkan Jas.
'Dah tu sekarang ni macam mana?
Buat apa aku datang rumah kau, nak mintak aku jelaskan?
Heeeyyy aku tak mahu masuk campur dalam hal ni.
Bukannya aku tak backing kau, but look... Lebih baik kau panggil Budi je yang datang. Korang dua orang jelaskan apa yang patut.
Ikut kau lah, pada aku hanya kau dengan Budi je yang mampu selesaikan hal ni.
Ok lah, aku nak keluar ni. Kau settlekan hal dengan mak kau tu. Anything text me ok?
Hurm, bye.'
Lega Jas apabila mendengar penerangan daripada Hana.
Mak Jah seperti yang dia kenali daripada Hana dan melalui matanya sendiri memang ada sedikit masalah mental. Paranoid. Walaupun kini tidak mengambil ubatan hospital, namun masih mengikuti sesi terapi dan kaunseling secara berkala.
Bila difikirkan semula, memang layak Mak Jah untuk risau. Mana taknya, Hana saja peneman hidup dia. Mak Jah ditinggalkan oleh suami dan anak-anak lain saat dia pun tak tahu dia sedang mengandungkan Hana. Waktu tu Mak Jah mengamuk, hilang kewarasan. Cabut lari suami dan anak-anak ketakutan. Terus dicop Mak Jah gila, diherdik dan diabaikan dalam institusi mental.
***
Pak Indra, Ibu Suri dan Budi datang berjumpa Hana dan ibunya. Hana telah menjelaskan segala-galanya kepada Pak Indra dan Ibu Suri mengenai peristiwa yang dialami. Pada mulanya Pak Indra dan Ibu Suri keberatan untuk turut serta, tapi setelah dipujuk oleh Budi akhirnya mereka datang juga. Semuanya demi membantu Hana menyelesaikan masalah keterlanjuran kata kononnya telah berkahwin dengan Budi.
'Ibu, saya Budi. Ini ayah saya, Indra. Dan ibu saya, Suri.' Budi memulakan bicara.
'Maaf ibu andai kehadiran kami ini bikin susah ama ibu dan Hana. Untuk pengetahuan ibu, saya dan Hana belum bernikah lagi. Dia itu lagian udah tersilap bicara ama ibu. Barangkali tekanan karena sikap saya yang mencintainya,' ujar Budi tenang.
'Iya Bu. Kami ini, ibu dan ayahnya nggak akan pernah sama skali membenarkan anak kami ini berbuat perkara memalukan di tempat orang. Kami punya perusahaan di Indonesia, lagian punya ramai kenalan. Budi kami antar kemari untuk sekolah. Namun, iyalah... Jiwa muda, mungkin Hana secara tanpa sengaja mencuit hati putera kami,' Ibu Suri menambah, berharap dapat memperjelaskan keadaan.
'Mak, Hana mintak maaf mak. Hana tak sengaja hari tu. Hana nampak mak dah tak dapat kawal diri, sebab tu Hana terlepas cakap,' rayu Hana.
Mak Jah yang sekadar mendengar dan memandang akhirnya menjawab. Tangan yang disimpan di dalam kocek uniform hijaunya dikeluarkan dan ditaupkan di tengah. Membentuk jalinan bagi memberikan keyakinan diri.
'Maaflah kalau Pak Indra dan Ibu Suri perlu berjumpa dengan saya dalam keadaan begini, yang kurang sihat. Hana ini satu-satunya anak yang bersama saya. Dialah nyawa dan dunia saya. Tindakan saya sebagai ibu adalah untuk melindungi anak saya, namun mungkin kerana penyakit saya ia menyebabkan keadaan menjadi luar kawalan.
Harapnya Pak Indra, Ibu Suri dan Budi dapat menerima Hana seadanya. Dia anak yang dibesarkan oleh ibu yang bermasalah, namun Alhamdulillah dia membesar sebagai seorang yang matang. Terimalah dia atas dirinya, bukan kerana keturunannya.'
Masing-masing menyeka airmata. Hana memeluk erat tubuh ibunya. Terharu kerana ibunya telah memberikan keizinan untuknya berkawan dan seterusnya membina mimpi indah bersama-sama Budi.
Setelah selesai perjumpaan, Hana menghantar Budi, Ibu Suri dan Pak Indra menaiki teksi untuk pulang ke hotel. Hana tidak turut serta kerana mahu meluangkan masa bersama ibu tersayang.
***
'Budi, ayah tidak menghalang hubungan kamu dan Hana. Hana juga seorang gadis yang baik. Tapi kamu harus ingat, ibunya ada penyakit jiwa. Dia pasti tidak pantas meninggalkan ibunya di sini sendirian. Ayah membutuhkan kamu untuk perusahaan kita di Acheh. Kamu fikir baik-baik jika kamu mahu terus bersama Hana. Ayah tidak akan bisa mewariskan toko itu kepada kamu andai kau menetap disini. Ayah juga tidak gembira andai Hana dan ibunya menetap bersama-sama kita Jika kamu ragu-ragu, putuskan hubungan itu segera sebelum menjadi lebih rumit,' pesan Pak Indra ringkas dan jelas.
'Ibu juga berasa kurang enak Di. Penyakit jiwa itu bisa diwarisi nak. Ibu tidak mahu keturunan kita ada yang bermasalah seperti itu,' tambah Ibu Suri, bersetuju dengan Pak Indra.
Alangkah terkejutnya Budi mendengarkan pesanan ibu dan ayahnya. Sungguh dia menyangkakan yang mereka berdua bersetuju dengan hubungan cinta dia dan Hana. Rupa-rupanya kehadiran Pak Indra dan Ibu Suri sekadar mahu membersihkan nama keluarga, bukan merestui hubungan Budi dan Hana. Pesanan ayah dan ibunya nyata meletakkan Budi dalam dilema.
Adakah Budi akan cekal memilih Hana? Dapatkah Hana menerima penolakan daripada Pak Indra dan Ibu Suri? Bagaimana nasib Mak Jah kelak?
~nanti sambung, kakak nak makan tengahari. Babaiii..~
2 comments:
ala...why? kenapa bila cinta nak menyatu, ada je y x setuju. ah, emo pula...
sabar, sabar... hahahahaha...
Post a Comment