Friday, April 5, 2013

Budi Hana

Dalam cuaca tengahari yang panas terik, kelihatan 2 orang gadis berjalan berganding tangan sambil berkongsi payung yang sama. Payung warna merah. Laju sekali langkah diatur, menunduk seolah-olah kepanasan matahari itu bertangan menekan pandangan mereka berdua ke bawah. 
Yang memegang payung tinggi sedikit daripada rakannya. Susuk juga lebih kurus. Dipandang wajah pun secara purata ramai yang mengatakan si tinggi tu lebih menawan. Jasmin namanya. 
'Panggil Jas je.' Itulah ayat pengenalan trademark beliau.
Seorang lagi rendah, badan sedikit gempal. Wajah melayu, cantik juga. Cuma mungkin jalannya kenkang tak serupa model, ketawanya pula kuat mengalahkan petir, maka 'market value'nya rendahlah sedikit berbanding sahabatnya, Jas.
'Oh hai..! Hana.' Lagak hulur tangan. Senyum lebar menampakkan barisan gigi. Maaf Hana, gigi kau tu jarang sikitlah. Tolong ye jangan senyum lebar sangat.

Kepanasan yang memeritkan kulit dan tekak itu memaksa Hana untuk mengajak Jas ke kedai di bawah asrama mereka. Oh ye, lupa nak bagitahu. Diorang ni student undergrad UTM.
'Jas, singgah kedai boleh? Dahaga gila. Memang dahaga yang membawak kepada gila nih.' Pujuk Hana bersungguh.
'Beli air je, tak payah nak beli roti bagai. Kuruskan badan tu sikittt...!' balas Jas sambil mencubit 'spare tyre' rakan baiknya. Nyata cubitan itu dianugerahkan jelingan padu maut daripada Hana. Masuk sahaja ke dalam kedai tersebut, menonong Hana ke arah peti sejuk yang menempatkan pelbagai jenis air dalam tin, botol dan kotak pelbagai warna. Saat dibuka pintu peti sejuk itu, menyerbu kedinginan keluar mengikut prinsip termodinamik. 'Nyamannyaaa...'

'Adik, pilih air sebelum buka pintu peti ya,' kata kakak jaga kaunter.
'Fine....!' jawab mereka serentak sambil mengekek ketawa. Kalau penulis jadi kakak kaunter, panas juga hati sekejap. Tapi tak mengapalah, customer is always right.
Rupanya tingkah mereka ada yang memerhati. Seorang lelaki seusia mereka berambut keriting, kulit mulus sawa matang, tapi bukan Remy Ishak ataupun Adiputra. Itu watak edisi ekslusif. Jejaka itu sedang menyusun stok Mee Sedap Goreng di atas rak yag dikhaskan.
'Emmm Jas... Kalau aku beli mee sedap goreng kan, pastu aku masak kita makan kongsi boleh kan?' Hana cuba memujuk Jas untuk tidak membebel atas nafsu makannya. Terkebil-kebil mata si gempal itu memujuk.
'Ahhhh kau ni. Kalau aku kata tak payah beli roti maksudnya mee goreng sedap ke tak ke tak payah la... Maggi ayam ko kan ada lagi. Don't eat junk foods, ok...?' Jas bertegas. Hana juga yang gedik nak kurus di bawah bimbingan Jas. Padahal dua-dua tu ambil jurusan kejuruteraan kimia. Tips kurus pun Jas baca dalam majalah.

Jas pantas mengmbil minuman daripada tangan Hana dan dibayarnya di kaunter, meninggalkan Hana memandang sayu ke arah rak Mee Sedap Goreng yang segar keluar daripada kotak. Terasa-rasa di celah gigi kriuk-kriuk lazat bawang goreng mee itu. Lelaki penyusun mee sedap itu memerhati penuh minat keletah Hana, mengundang tawa kecil.
'Uiii....! Meh balik...!' laung Jas kepada Hana, nyata rakannya terleka memandang mee segera konsep baja penggemuk. Hana menyeret kaki penuh malas. Terbit rasa menyesal dalam hati kerana menaruh sepenuh kepercayaan kepada sahabatnya untuk membantu beliau menurunkan berat badan. 

'Adik.... ooo dik...!' Berlari kakak jaga kaunter ke arah Jas dan Hana. Di tangannya ada bungkusan plastik hitam, seperti membungkus dvd cetak rompak. Mereka berdua tercegat berdiri menunggu. 
'Nah, ambik ni.' Kakak jaga kaunter menghulurkan ber plastik hitam itu, bersama-sama dengannya sekeping kertas tertulis nombor telefon.
'Untuk siapa ni?' Soal Hana.
'Untuk awaklah. Awak kan yang nak makan mee sedap goreng tadi?' balas kakak separa beria.
'Mee sedap memang confirm la saya yang makan, tapi nombor ni. Untuk siapa?' Hana cuba untuk mendapatkan kepastian.
'Laaaa untuk awak jugak la. Sekali pakej dengan mee segera ni.' Kakak jaga kaunter dah separa masam dah mukanya.
'Habis tu saya nak kena telefon ke nombor ni...? Ada menang hadiah cabutan bertuah tak?' Soal Hana lagi. Boleh tahan juga banyak tanya kau ni Hana.
'Alahhhh... kau ambik jelah. Untung-untung menang percutian sambil makan mee sedap ke. Dah, akak nak masuk kedai balik. Kau telefon nombor tu. Miskol pun takpe.' Kakak jaga kaunter dah tahap malas nak layan. Kedainya yang terbiar kelihatan ada pelanggan masuk.

Pada nombor telefon itu tertera nama 'Budi'.
'Sapa Budi nih?' soal Jas.
'Entah. Aku mana pernah kena ngorat siap bagi mee sedap berpakejkan nombor telefon. Ke nombor ni untuk kau eh?' lagi soalan daripada Hana.
'Eh sorry okeyh. Nak kenal sila berhadapan. Aku boleh bagi nombor telefon aku siap facebook dengan twitter sekali. Tapi kena la menepati citarasa kan hahahahaha...'
Lantas mereka berdua mendaki tangga ke tingkat 2 menuju ke bilik sambil mulut berceloteh tanpa henti. Nombor telefon Budi disimpan kemas oleh Hana dalam beg dompetnya, tanpa disedari oleh Jas. Hana berniat mahu mengucapkan terima kasih. Terima kasih kerana memahami isi hatinya. Hana, Hana... Dapat mee sedap pun ibarat dapat sejambak bunga. Ikut suka hati kau lah.

***
Siang panas terik, malam pula hujan. Nyata sekali musim hujan dan panas tak dapat dijangka sejak masalah pemanasan global menjadi perhatian utama negara-negara maju dunia. SMS yang dihantar kepada Budi oleh Hana berjawab dengan penuh santun. Dari lenggok bahasa seperti orang Indonesia. Apabila ditanya, betullah apa yang ditelah Hana. Nama penuhnya Boediman Sutrisno Sutheto. Pekerja sambilan di kedai serbaneka, juga penuntut undergrad universiti yang sama. Ada bunga dalam hati. Menguntum senyum mengorak ke pipi.

Renyai hujan malam itu, Budi mengajak Hana menemaninya makan pizza. Katanya dia ingin makan pizza tapi tak pandai nak oder. Alasan je tu Hana, taktik pancing takkan kau tak tahu kot.
Namun Hana yang merasakan hatinya telah ditawan, menerima pelawaan Budi. Lagipun tutur kata Budi cukup halus. Tak seperti budak lelaki Melayu seusianya. Nak-nak lagi budak engine, sudahlah kasar, cakap pun ikut sedap rasa. Sungguh tidak kena 'taste'.

'Kau jangan makan lebih-lebih pulak. Ingat target kurus kau.' Pesan Jas tegas.
'Jas please. For once aku rasa happy ada orang baik macam tu nak belanja makan. Allow me..? Nanti aku bawakkan balik yang saiz personal eh... ok..?' Hana sudah mula bosan dengan sikap Jas yang mengongkong jadual makannya. Atau mungkin Hana ni tengah angau dek kerana tutur Budi yang tulus itu?
'Hana, tolong jaga diri ok? Pasal makan tu, takpelah kalau kau nak makan. Rezeki Allah nak bagi. Ingat tau Hana, he's Indonesian. Baik budi bahasa pun perangai kita tak tahu. Aku nak ikut kau tapi takut nanti kau salah anggap yang aku ni oveprotected. Lagipun Budi tak ajak aku, nak menebeng karang takut dia pun tak selesa.' Terang Jas panjang lebar. Jas seakan mengerti yang Hana seolah muak dengan pesanannya. 
'I'll let him know yang aku ajak kau sekali eh..!' balas Hana bersungguh,
'Eh...! no no no... U take care. Text me, everytime. OK?' Pesanan Jas sambil menghantar Hana ke pintu dan  dibekalkan Hana dengan payung merahnya. 

Macam mana date Boediman dan Hana? Gamaknya betul ke Budi tu baik seperti yang dingankan dek Hana?
Tunggulah ye, kakak nak tidur. Esok kakak cuti, kakak sambung. Sabarlah sayang.... (gelinyelahai)

No comments: