"Ahhh...!! Ini semua khayalan semata-mata. Orang melayu dari dulu sampai lah zaman teknologi kalau buat cerita asyik nak bandingkan darjat! Beza kita manusia ni di sisi tuhan kan pada taqwa..!" Piah mengomel melihatkan adegan Ghazali bergasak dengan Ku Hassan dalam filem Antara 2 Darjat. Hebat komen Piah, memang betul kena pada batang hidung rakan serumahnya Fina yang memang suka menonton drama Melayu.
"Piah, kalau ye pun jangan lah keras sangat komen tu," ayat Fina memujuk hati sendiri.
"Na, ni semua hedonisma kau tahu?" balas Piah.
"Suka hati kaulah. Hedonisma ke, hidung selsema ke yang penting kalau kau nak tengok sama, tolong jangan bising," ucap Fina menyimpan bara dalam hati.
Piah melangkah laju masuk ke biliknya. Dia memang cukup anti dengan cerita yang vasdevoom macamlah bangsa Melayu ni hebat sangat. Macam tak ada realiti yang nak dipaparkan. Baik lagi cerita Tamil, biarlah gaduh debasy debisy pun, yang penting penderitaan yang ditonjlokan lebih realistik. Sedang Piah merutuk sendirian, notifikasi wasapp pada telefon bimbitnya berbunyi.
Selamat malam, dinda. Tengok tak cerita P.Ramlee dekat tv tu? Best kan?
"Ini satu lagi gila. Menyakitkan hati lah!" Piah membaling telefonnya ke tepi. Mesej wasapp daripada Azam membuatkan dia tambah sakit hati. Kenapa dengan semua orang ni? Kemaruk sangat tengok cerita yang entah mana ceruk bumi boleh berjumpa.
***
"Piah! Cepat Piah bangun!! PIAH!!!" Fina melaung deras. Pintu bilik Piah diketuk kuat bertalu-talu.
"Ada apa weyh?!" Piah cuba berkomunikasi dalam keadaan yang terpisat-pisat.
"Ada orang ketuk-ketuk tingkap bilik aku. Tolong Yah..." Fina mengongoi. Airmatanya laju mengalir. Nyata dia dalam ketakutan yang amat sangat.
"Telefon polis! Cepat!" Piah pantas ke dapur mencari penukul. Satu-satunya senjata yang dia rasakan berguna untuk keadaan cemas sebegini.
Fina cuba mendail 999 untuk meminta bantuan. Namun usahanya gagal kerana talian yang didialnya tidak berjawab. Dia tambah kalut, namun tetap mencuba. Piah yang kini basah lencun dalam peluh sendiri mendekati tingkap di dlam bilik Fina. Dia bergerak perlahan, tidak mahu ada searang bunyi terhasil. Semakin dia mendekati tingka bilik itu, semakin dia berdebar.
TINK TINK TINK
Bunyi ketukan berlaga pada cermin tingkap.
TINK TINK TINK
Tingkap itu diketuk lagi. Kali ini lebih jelas kedengaran.
"Ehem!!" Piah cuba berdehem.
"Tolong saya..." Ada suara lemah menyahut.
"Siapa kau??!! Aku dah panggil polis!!" Piah menggertak.
"Saya kemalangan, depan rumah ni... Tolong saya," rayuannya kedengaran semakin lemah.
Piah mencari Fina.
"Na, dapat call?" tanya Piah.
"Dapat!" jawab Fina. Pada wajahnya terlihat sedikit sinar keberanian.
"Telefon semula. Mintak ambulans datang. Orang tu eksiden depan rumah kita!'"
"Seriously? Tapi aku tak dengar bunyi pape pon tadi. Tau-tau je datang bunyi tingkap tu," Fina kekeliruan.
"Jom kita pergi check dekat luar," ajak Piah.
"Gila! Kalau dibuatnya tu pencuri macam mana? Ada kapak dekat tangan, di tetaknya kita. Tak bersisa tau! Kita tunggu polis datang dulu," Fina menolak keras ajakan Piah.
Piah terdiam. Dia berfikir seketika. Pada hematnya, orang yang diluar rumah mereka itu betul-betul memerlukan pertolongan. Takkan nak dibiar sendirian di luar. Boleh jadi Fina tak dengar kemalangan depan rumah mereka.
"Aku nak pergi tengok."
Piah meninggalkan Fina dalam keadaan terpinga. Dirinya ibarat dubangkitkan dengan kuasa luarbiasa penyelamat dunia. Entah dari mana datangnya hikmat yang membuatkan dia langsung tidak ada rasa takut.
"Tak payahlah Piah..!" Fina cuba menghalang. Dia kembali menangis ketakutan. Terpacak dia berdiri tanpa mampu bergerak.
Piah membuka pintu hadapan rumahnya. Belum sempat dia melangkah menjenguk siapa mangsa yang dikatakan meminta bantuan itu, terjongol satu susuk kurus kering, rupa cekung persis tengkorak. Pada tangannya tergenggam kemas sebilah parang macheti.
"PIAHHHHH!!!!"
***
"PIAHHHHH!!!"
Dusyumm! Satu penampar backhand hinggap di pipi Fina.
"Tengok lagi. Tengok lagi tv tu sampai tak ingat nak tutup, sampai tertidur depan tv! Aku tampor sekali lagi nak?" ugut Piah kepada Fina.
No comments:
Post a Comment