Monday, May 20, 2013

Derajat

"Ahhh...!! Ini semua khayalan semata-mata. Orang melayu dari dulu sampai lah zaman teknologi kalau buat cerita asyik nak bandingkan darjat! Beza kita manusia ni di sisi tuhan kan pada taqwa..!" Piah mengomel melihatkan adegan Ghazali bergasak dengan Ku Hassan dalam filem Antara 2 Darjat. Hebat komen Piah, memang betul kena pada batang hidung rakan serumahnya Fina yang memang suka menonton drama Melayu.

"Piah, kalau ye pun jangan lah keras sangat komen tu," ayat Fina memujuk hati sendiri.
"Na, ni semua hedonisma kau tahu?" balas Piah.
"Suka hati kaulah. Hedonisma ke, hidung selsema ke yang penting kalau kau nak tengok sama, tolong jangan bising," ucap Fina menyimpan bara dalam hati.

Piah melangkah laju masuk ke biliknya. Dia memang cukup anti dengan cerita yang vasdevoom macamlah bangsa Melayu ni hebat sangat. Macam tak ada realiti yang nak dipaparkan. Baik lagi cerita Tamil, biarlah gaduh debasy debisy pun, yang penting penderitaan yang ditonjlokan lebih realistik. Sedang Piah merutuk sendirian, notifikasi wasapp pada telefon bimbitnya berbunyi.

Selamat malam, dinda. Tengok tak cerita P.Ramlee dekat tv tu? Best kan?

"Ini satu lagi gila. Menyakitkan hati lah!" Piah membaling telefonnya ke tepi. Mesej wasapp daripada Azam membuatkan dia tambah sakit hati. Kenapa dengan semua orang ni? Kemaruk sangat tengok cerita yang entah mana ceruk bumi boleh berjumpa.

***
"Piah! Cepat Piah bangun!! PIAH!!!" Fina melaung deras. Pintu bilik Piah diketuk kuat bertalu-talu.
"Ada apa weyh?!" Piah cuba berkomunikasi dalam keadaan yang terpisat-pisat.
"Ada orang ketuk-ketuk tingkap bilik aku. Tolong Yah..." Fina mengongoi. Airmatanya laju mengalir. Nyata dia dalam ketakutan yang amat sangat.
"Telefon polis! Cepat!" Piah pantas ke dapur mencari penukul. Satu-satunya senjata yang dia rasakan berguna untuk keadaan cemas sebegini.

Fina cuba mendail 999 untuk meminta bantuan. Namun usahanya gagal kerana talian yang didialnya tidak berjawab. Dia tambah kalut, namun tetap mencuba. Piah yang kini basah lencun dalam peluh sendiri mendekati tingkap di dlam bilik Fina. Dia bergerak perlahan, tidak mahu ada searang bunyi terhasil. Semakin dia mendekati tingka bilik itu, semakin dia berdebar.

TINK TINK TINK

Bunyi ketukan berlaga pada cermin tingkap.

TINK TINK TINK

Tingkap itu diketuk lagi. Kali ini lebih jelas kedengaran.

"Ehem!!" Piah cuba berdehem.
"Tolong saya..." Ada suara lemah menyahut.
"Siapa kau??!! Aku dah panggil polis!!" Piah menggertak.
"Saya kemalangan, depan rumah ni... Tolong saya," rayuannya kedengaran semakin lemah.

Piah mencari Fina. 
"Na, dapat call?" tanya Piah.
"Dapat!" jawab Fina. Pada wajahnya terlihat sedikit sinar keberanian.
"Telefon semula. Mintak ambulans datang. Orang tu eksiden depan rumah kita!'"
"Seriously? Tapi aku tak dengar bunyi pape pon tadi. Tau-tau je datang bunyi tingkap tu," Fina kekeliruan.
"Jom kita pergi check dekat luar," ajak Piah.
"Gila! Kalau dibuatnya tu pencuri macam mana? Ada kapak dekat tangan, di tetaknya kita. Tak bersisa tau! Kita tunggu polis datang dulu," Fina menolak keras ajakan Piah.

Piah terdiam. Dia berfikir seketika. Pada hematnya, orang yang diluar rumah mereka itu betul-betul memerlukan pertolongan. Takkan nak dibiar sendirian di luar. Boleh jadi Fina tak dengar kemalangan depan rumah mereka. 
"Aku nak pergi tengok." 
Piah meninggalkan Fina dalam keadaan terpinga. Dirinya ibarat dubangkitkan dengan kuasa luarbiasa penyelamat dunia. Entah dari mana datangnya hikmat yang membuatkan dia langsung tidak ada rasa takut.

"Tak payahlah Piah..!" Fina cuba menghalang. Dia kembali menangis ketakutan. Terpacak dia berdiri tanpa mampu bergerak.

Piah membuka pintu hadapan rumahnya. Belum sempat dia melangkah menjenguk siapa mangsa yang dikatakan meminta bantuan itu, terjongol satu susuk kurus kering, rupa cekung persis tengkorak. Pada tangannya tergenggam kemas sebilah parang macheti.

"PIAHHHHH!!!!"

***
"PIAHHHHH!!!"

Dusyumm! Satu penampar backhand hinggap di pipi Fina.

"Tengok lagi. Tengok lagi tv tu sampai tak ingat nak tutup, sampai tertidur depan tv! Aku tampor sekali lagi nak?" ugut Piah kepada Fina.

Wednesday, May 15, 2013

Tumpang motor kau, boleh?

Hujan renyai malam ni menemani Laila dan Farah yang menaiki motor dari stesen LRT Kampung Baru ke kolej kediaman mereka di pinggir Tasik Titiwangsa. Kolej yang suatu ketika dahulu pernah digemparkan dengan berita cubaan bunuh diri seorang sisiwi berpenyakit mental. Juga kolej yang sentiasa di bawah pengawasan merinyu kesihatan dek kerana wabak denggi yang tak pernah gagal menyerang penghuninya saban tahun.

Sedang khayal merempit bak pelesit kota, tudung Laila ditarik.
"Woi...! Jangan main tarik tudung..!" jerit Laila. Terganggu tumpuannya yang sedang cuba mencilok kereta sambil mengekalkan keseimbangan panduan tunggangan 2 roda. 
Tak sampai 45 saat, Farah sekali lagi menarik tudung Laila. "Dah kau ni kenapa Farah?! Jatuh kang, tak pasal masuk HKL sebelah ni!"

Pelik Laila dengan perangai Farah malam ni. Sudahlah masa minta diambil daripada LRT tadi dia menelefon sambil menangis. Katanya Razif tak mahu jadi couple dia lagi. Dek kerana mengenangkan hati rakan yang sedang rawan, Laila gagahkan juga meredah sejuk. Ketika dijemputnya, Farah sekadar menunduk sambil tangan melekap ke hidung, kadangkala dikesat matanya. Saat helmet disua, Farah menyarung lantas terus menutup visor. Tak nampak pulak kalau ada kesan kena lempang sampai berbirat bibir atau lebam pipi cap 4 jari.

"Kau turun dulu. Aku nak parking dekat corridor," arah Laila ringkas. Turun sahaja Farah daripada motor, menonong dia ke kafe dengan helmet masih kemas di atas kepala.
"Hoi..!! Nak pergi mana?" soal Laila.
Farah sekadar melambaikan tangannya menunjuk ke arah kafe. 
"Pelik betullah minah ni malam ni. Sebutir haram pun tak kelar daripada mulut." Laila memasang kunci pada tayar motornya. Tengkuknya dipegang kerana terasa sakit angkara Farah yang menarik tudungnya agak kuat semasa dalam perjalanan tadi.

Naik sahaja Laila ke biliknya di tingkat 4, lampu biliknya dihidupkan. "Dah berkelip-kelip pulak kau," leter Laila pada lampunya lantas mematikan lampu bilik dan sekadar menghidupkan lampu meja belajar.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Farah masuk, tangan kosong tanpa sebarang pembelian daripada kafe.

"Dah tak pandai bagi salam pulak dah. Kata tadi pergi kafe? Tak ada pape untuk aku ke?" sound Laila selamba. 

Farah kekal diam membatu. Helmetnye di buka namun Farah kekal menunduk. Tudungnya ditanggalkan, lantas menampakkan wajahnya yang pucat. Tangan kelihatan sedikit menggeletar.

"Kau ni sejuk sangat ke?" Laila masih tak puas hati dengan Farah yang kekal membisu. Sakit pada tengkuknya semakin menjadi apabila dia naik marah. Bahunya diketuk-ketuk untuk sedikit kelegaan.
"Dahlah suruh aku ambik, time hujan, sejuk. Sekarang diam tak nak bercakap. Aku tanya tak nak jawab. Terima kasih pun tak ada. Celaka betul kan...?" hamput Laila tanpa berlapik. Suaranya juga kedengaran tegang.

Farah mengangkat mukanya memandang Laila. Farah tidak memandang pada matanya, tetapi pandangannya dilangutkan ke arah bahu Laila. Perlahan Farah mengangkat tangannya yang menggigil dan menudingkan jarinya.

"Bahu kau, ada monyet duduk. Sebab tu sakit."

***
"Celaka Laila. Yang datang sini pegi bawak teman tu apehal? Dah tahu nak ambik aku, lagi mintak teman dengan orang lain. Dah aku kena naik teksi. Macam haram..!" bebel Farah sambil menahan teksi di LRT Kg. Baru. 

   

Tuesday, May 14, 2013

Mulut kau mana?

Rutin biasa, asal pagi je memang aku yang bangun sorang. Laki aku as ususal, lepas subuh sambung membutakan diri sampailah pukul 9. 

Pagi ni lebih sejuk daripada biasa. Mungkin sebab semalam hujan. Nak mandi pun macam malas, tapi kalau tak mandi karang... ada yang pengsan dekat pejabat. Takpelah, mandi pun tak ada salahnya. Bil air banyak, bayar jelah. 

Dah sedap melayan mandi pagi, aku tengok pintu bilik aku terbukak. Aih apehal pulak nih? Aku rasa aku tak bukak pun lagi pintu bilik. Apa laki aku bangun pi carik air dekat dapur ke? Takkan la sekejapan je dia bangun pastu berdengkur bak dunia tidak ada kecelaruannya?

Nevermind, dont bother lah!

Sibuk, sibuk, sibuk. Gosok baju, gosok tudung. Pakai baju, letak make up. Now pakai tudung. Aish, brooch dekat tepi tv pulak. Maka aku pun pakailah tudung dekat ruang tamu, menghadap cemin membelakangkan pintu bilik.

Dan sekali lagi intu bilik tu terselak. Damn! rasa takut menghantui.

Aku buat tak peduli. Lagipun dah pagi, apa nak takut. Tapi sikap tidak peduli tak menjadi. 

TAP
TAP
TAP
TAP

Bunyi budak lempar guli, menghentak pintu. Bunyi betul belakang aku, iya dekat pintu bilik tu.

Aku toleh, tak ada nampak pape. Ok, chill...! Tak ada apa punyalah.


TAP
TAP
TAP
TAP


Dia bunyi lagi. Aku dah mula hangin. Ini kalau cicak punya penangan memang aku siat mulut sampai badan terbelah dua karang!

Tak berlengah, aku toleh..!

"Janganlah marah, kita tumpang main je."

Ok, lembaga tak ada kepala tu cakap guna apa sampai aku boleh dengar?