Sunday, January 20, 2013

Penakut

2 hari lepas, duduk di dapur pejabat. Santak dari lepas makan tengahari sampai ke suntuk waktu Zuhur aku berleter. Kononnya bercerita angan-angan jalan cerita novel yang bakal aku tulis. Kononnya.....

Padahal aku ni idea berlambak tapi penakut terlebih. Tunggulah nanti kalau rajin. Esok ke, lusa ke atau mungkin tak ada.

Idea berlambak ke? pasti? ke perasan lebih.... huahuahua...

Tuesday, January 1, 2013

ABAH

Susuk tubuh kurus berwajah serius
Senyum bukan bahasa tubuhnya
Senyap caranya bersuara
Cukup difahami dan pasti dituruti

Apa sebenarnya yang ada dalam hati?
Kasih tidak bertepi hingga tidak terluah?
Atau prinsip yang berkecamuk dek cinta meluas langit?
Tapi bukan dendam, bukan benci.
Kerana redup mata itu masih kekal memandang hingga kejauhan
Biarpun bukan ditatap berhadapan

Utuh sifat yang dipamer mengajar rasa hormat.
Senyum sumbing mendidik sifat usaha gigih.
Tepukan bahu tanda bangga mengundang yakin diri.

Kini,
Pada kedutan dahi dan mata
Kita mampu berhadapan dan bercerita
Aku tidak gentar malah kagum dan percaya
Yang aku alami dulu demi masa hadapan
Agar abah tak perlu kekal tegas
Tak perlu berterusan risau
Biarlah payah mendidik
Kelak tidak akan susah membela.

Moga aku bukanlah kesusahan mu kini,
Abah...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, December 23, 2012

Dia berkerudung labuh...

Jumaat,
hari penuh berkat, aku nanti hadirmu.
Pagi-pagi aku bersiap,
seusai tanggungjawab pada yg Esa.
Dalam renyai dan dingin pagi
ada sesuatu yang aku cari
setiap kali Jumaat bercuti...

Pasar itu aku tuju,
aku tahu akan kutemukan
kemanisan wajah menyeri pagi
mencairkan beku hati...
Dikejauhan pasti terlihatkan
kau yang berkerudung labuh itu
berpakai kemas bersama apron berbunga kecil warna biru.
Tangkas gapai jari mulusmu,
senyum simpul mengangguk berkala
menghulur bungkusan sambil akad
dan tanda kasih kau lafazkan.
Oh, terleka...

Ada talam dihadapanmu,
kepulan asap tanda panas,
kerumun sang ibu tanda murah,
suapan lahap tanda enak...
Langkah mendekati tanpa sedar
hanya aroma karipap pusarmu jadi panduan.
Ku hela dalam pejam, senyum terukir di wajah.

Dengan tenang si gadis bertanya
'Dua ringgit macam biasa..?'
Lembut sapaan, ibarat kenal sudah lama
Namun tidak tahu nama dan usia
'Iya, dua ringgit seperti biasa...'

Dalam huluran bungkusan karipap itu
terjelas akhlak dirimu indah
santun tutur kata
'Datang lagi ya...'
Hanya senyuman mampu ku balas
namun hatiku sudah berkata
'Pasti...'
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, December 16, 2012

GEMULAH


Penulisan ketika menjaga ujian untuk pelajar. Mesti budak-budak ni fikir aku tengah buat kerja yag produktif, sebab muka aku kekal serius.

Sepatutnya kena mengajar tapi memandangkan aku belum buat lagi ujian penilaian yang sepatutnya untuk mereka maka kita adakan ‘on spot test’. Soalan ikut suka hati, lepas ni baru fikir skema. Boleh ek macam tu….? Suka hati akulah, dah kita buat dia bukan dia buat kita (ayat mak kalau memasak hahahaha).

Baru balik daripada kampong Batu Pahat, berat badan dah naik saploh kilo! Kau boleh? Kalau tak boleh, mari ikut aku sama pak incik balik johor, silap2 kau boleh naik limeblas kilo! Pertama kali pak incik tak ajak keluar makan sup kambing kali ni sebab kata beliau asyik makan je dekat rumah mak. Itulah dulu malu2 sangat, tengok sekarang apa jadi? Mak pun tengok muka senang hati bukan main. Tapi yelah, dah namanya mak kalau anak balik mestilah suka. Dapat pulak anak hampir durhaka macam aku ni, nak balik kampong punyalah liat nauzubillah. Tapi duduk jauh, moga Allah ampunkan aku dan melindungi mak dan abah selalu.

Ok, baru2 ni aku ada tahu 1 perkataan baru. GEMULAH, bukan GEMUKLAH atau GEMP U SEKARANG atau GEM U LAH. Bukan dan kau jangan nak bukan2 dekat sini. Aku serius ni nak mengajar hahahahaha (tapi gelak, boleh?). Aku baru je tahu pasal perkataan ni dalam bulan ni. Jalan2 blog orang lain, lantas terserempak perkataan ni. Rupanya maksud perkataan ini adalah ‘ARWAH’. Oh orang mati rupanya. Nasib baik aku tak sesuka hati panggil member sepejabat dengan gelaran gemulah. Haish, Allah bagi umur panjang2 sedap2 kita pula menamatkan riwayat. Nak kena petir tengah bendang agaknya. Musim2 hujan macam ni jangan mintak, karang dapat terus pikul gelaran gemulah bila kawan2 borak pasal aku. Mohon Allah tamatkan riwayat dalam keadaan husnul khatimah untuk kita semua.  

Hai budak2 nih, ujian pun jeling nota lagi ke? Memang mintak yang tak disangka2 ni macam ni! Tunggu sekejap, nak buat balingan marker pen jurus lintas kelas.

Tuesday, September 13, 2011

camBEST...

aku adelah manusia yang suke berborak... ye mmg aku suke berborak... aku adlh pemborak yang agak baik... ye agak baik...

aku xkesah kalu org ajak borak... tapi tolonglah.. tolonglah kalu nak berborak jangan menjadi camBEST bila aku bertanye ape2 soalan... contohnye: ko makan ape tu...? dan dijawab: makan makanan la..xkan selipar kot..??
.OH.EM.JI.
begitu ye kau menjawab atas soalan aku... adekah aku yang salah bertanye..? patutkah aku bertanye begini:

situasi
si camBEST sedang makan ayam
aku: eh ko makan ayam masak merah tu sedap tak..?kalu sedap aku ngat nak beli jugak...eh tapi ko beli dekat mne ek...?
~gamaknye kalau begitu baru ko jawab dgn lebih baik kot.. so tinggal jawab "sedap, beli dkt kedai depan" jek..maka kerana ayat ko pendek aku xla cop ko camBEST kn~

bersyukur betol ko jawab seperti yang aku imaginasikan. tapi kalu jawapan yang aku terima adalah seperti ini:

camBEST: ko rase la sendri, beli dkt sini2 jek... yang ko byk tanye nih apehal..?

oh...tahniah tahniah...! syabbas inspekter sahab, syabbas... anda telah mendapat jawapan yang semaksud dengan
"berambus bole x..???"

eh, tp kan pada asalnye bukan aku yang nak start borak...apehal aku yang jadik mangsa hanya kerana ingin ber-bahasi bahasi dgn ko..? atau sebenarnye camBEST hanya sekadar ingin berborak pada permukaannye sahaje dan aku yang jadi excited sbb aku adalah pemborak tegar...asal org tegur je nak borak, asal tegur je ajak borak...

boleh jadi hakikatnye aku yang camBEST, tp bukan orang lain...

~eh, moral down siot bace tulisan aku kali nih...ugghh~