Sunday, September 29, 2013

SKANDAL: 6

Suraya melangkah longlai menuju ke biliknya. Wajahnya masih kemerah-merahan menahan rasa malu bertentang mata dengan Datuk Roestam sebentar tadi. "Ish, takkan rindu kot. Don't Suraya, please don't!" marah Suraya sendiri dalam hati. Sedang Suraya mengelamun sambil berjalan menju ke biliknya dia ditahan Dila.
"Su..! Nak pergi mana tu? Majlis baru je mula ni. Jom duduk sama-sama dekat situ," Dila menunjukkan sebaris kerusi kosong di bahagian belakang tempat mereka berkumpul.
"Oh, takpelah Dila. Nak balik bilik lah, rasa macam tak berapa sihat. Erm, En. Hashim pun dah bagi kebenaran kalau nak berehat sekejap," Suraya memberikan alasan. Hakikatnya dia cuba berselindung, sebab dia yakin kalau sekali lagi dia melihat Datuk Roestam berdiri di hadapan memberikan ucapan perasmian, pasti dia menjadi tak keruan.
"Su ok tak ni?" tanya Dila mengambil prihatin.
"Ok je kalau nak ke bilik. Takpelah, saya naik sendiri," Suraya menolak pertolongan Dila secara baik.
"Ok then. Eh, nanti Dila pun nak naik jugalah. Nak tukar kasut dengan track bottom, sebab lepas ni kena join team building. Oklah, naik bilik elok-elok tau," pesan akhir Dila sebelum menuju ke tempat duduk yang telah tersedia.

Suraya meneruskan langkah ke biliknya. Sementara menunggu lif, kedengaran sayup-sayup suara Datuk Roestam memberikan ucapan penuh teruja. Suraya tersenyum sendiri.

Sesampai sahaja di bilik, Suraya terus mencapai tuala dan mandi. Alang-alang tengah bersendirian dalam bilik yang dikongsi ni, bolehlah dia mandi lama-lama sikit. Bila dah beramai nanti, kena bertimbang rasa pula masa mandi untuk orang lain. Usai mandi, sambil berkemban mengeringkan rambut, pintu biliknya diketuk.
"Kejap Dila...!" laung Suraya sambil membetulkan tualanya. Dia berlari anak menuju ke pintu, penyelak pintu dilepaskan dan pintu dibuka luas.

Hashim berdiri tegak, terbuntang matanya melihat keadaan Suraya.

DAMMM! Pintu bilik dihempas kuat.
"NAK APA..??!!!" marah Suraya dari dalam bilik. Terkejut, malu dan marah bercampur baur apabila dia mengetahui yang mengetuk pintu biliknya adalah Hashim. Suraya menepuk dahi sendiri, "Bodoh, bodoh, bodoh... Bodoh, bodoh, bodoh, bodoh..."

Hashim menahan gelak. Dia tak menyangka yang Suraya akan membuka pintu tanpa bertanya terlebih dahulu. Yakin betul Suraya buka pintu dalam keadaan separa bogel.
"Su, put some clothes on! Pakai baju lengkap teruslah, saya nak ajak awak keluar cari barang untuk gala dinner esok!" Suara Hashim separa menjerit, takut-takut Suraya tak dengar daripada dalam biliknya.

"CARI ORANG LAINLAH!!" balas Suraya kasar. Dia masih lagi dibelenggu rasa marah dan malu. Terbayang wajah Hashim yang bulat mata memandangnya tadi. "DAHLAH KETUK BILIK ORANG TAK BAGITAHU NAMA!!!"

Mendengarkan balasan Suraya, Hashim tahu orang bawahannya sedang marah. Pastinya kerana malu. "Su, saya tak nampak apa pun lah. Cepatlah siap. Saya tak cakap dekat orang lain. Cepat ok, saya tunggu dekat parking lot. Pergi naik kereta saya."
Hashim berlalu pergi. Dalam perjalanan turun dia tersermpak dengan Dila.
"En. Hashim dari mana ni?" tanya Dila.
"Yang awak tu nak ke mana? Majlis dekat bawah dah settle?" Hashim mengelak daripada menjawab pertanyaan Dila.
"Saya nak balik bilik kejap, nak tukar kasut dengan track bottom. Lepas ni nak join team building. En. Hashim tak join sekali ke?"
"Saya nak keluar kejap cari barang untuk gala dinner esok. Oh, please inform Suraya saya tunggu dekat parking lot," arah Hashim kepada Dila.
"En. Hashim ni dari bilik saya ke tadi?" tanya Dila curiga.
"Saya yang suruh dia naik bilik tadi. Dia nampak macam nak pengsan, so mestilah dia ada dekat bilik kan? Tolong bagitahu eh," balas Hashim ringkas, terus meninggalkan Dila dalam kekeliruan.

***
Hashim menunggu sendirian di dalam kereta, "Lambatlah pulak makcik nih." Sempat dia mendengar bebelan juruhebah, iklan produk pelangsingan badan dan kecantikan wajah juga 2 buah lagu rock kapak sebelum Suraya muncul dan terus menuju ke tempat duduk belakang keretanya.
"Kenapa duduk belakang?" tanya Hashim kehairanan.
"Semalam kan saya dah bagitahu, saya fobia naik kereta dengan lelaki," jawab Suraya sambil matanya memandang ke luar.
"Ikut suka kati awaklah," Hashim terus menukar tombol gear ke D dan keretanya dipacu keluar daripada kawasan taman tema air tersebut.

"Kenapa tak ajak Dila je tadi? Kan jumpa dia masa dekat luar bilik?" soal Suraya, matanya masih lekap memandang ke luar tingkap.
"Saya memang tak plan nak ajak dia. Dia yang paling banyak tahu dalam segala hal," balas Hashim ringkas.

Suasana sunyi kembali menyelubungi mereka.

"Kalau ikutkan hati, saya tak nak dah ikut. Saya malu," Suraya mengaku. Walau dia cuba menyembunyikan perasaanya, perkara dah berlaku. Hashim dah pun nampak apa yang tak sepatutnya.
"Saya bukan nampak apa pun."
"Tipu..." nada Suraya rendah, seolah bercakap sendirian.
"Sukahati awaklah. Kalau tak nak percaya bukannya saya boleh paksa," balas Hashim sambil membelokkan keretanya ke sebuah kedai cenderamata. "Mari turun sekali, tolong angkat goodies. Ada banyak tu."

Suraya menuruti perintah ketuanya, dia turun dan berjalan di belakang Hashim. Sepanjang proses Hashim membayar dan mengambil tempahan cendemata, dia hanya diam membatu. Sekadar menunggu arahan yang seterusnya.

Perjalanan mereka diteruskan dengan membuat hentian di beberapa buah kedai lain. Akhir sekali Hashim berhenti di stesen minyak Esso, berdekatan dengan UMP. "Suraya nak apa-apa tak? Air ke?" pelawa Hashim.
"Boleh jugaklah," balas Suraya, masih tidak memandag ke wajah Hashim. Hatinya ditahan daripada memandang ke mata Hashim. Peristiwa tengahari tadi masih bermain-main dalam fikirannya. Malu sungguh!
"Hai la Suraya, Bangla yang bersidai tepi tembok tu lagi handsome daripada saya rupanya hahahahaha.." Hashim menggelakkan Suraya sebelum menuju ke dalam kedai untuk membayar petrol dan membeli minuman.
"Kurang ajar!" marah Suraya sendiri.

***
Suraya dan Hashim sama-sama mengangkat kotak-kotak daripada kereta Hashim menuju ke dalam dewan. Beberapa orang kakitangan lain turut membantu mereka. Selesai proses memindahkan segala barangan yang perlu, Hashim dan Suraya menaiki kereta menuju ke parking yang berdekatan dengan tempat penginapan mereka.

"Su, duduk depan. Saya nak cakap sikit," ujar Hashim dalam nada serius. Suraya akur.
"Firstly, saya nak mintak maaf kalau sebelum ni sebarang statement saya pasal awak dan Datuk Roestam menyinggung perasaan awak. Niat saya cuma nak selamatkan awak daripada terperangkap."
"Tak faham," balas Suraya.
"Dengar ni, Datuk Roestam kali ni dia tak main-main. Dia betul-betul nak dekat awak. Tapi saya rasa awak pun boleh tahu Datin Aida tu macam mana orangnya. Jadi, apa yang saya buat hari ni untuk selamatkan awak. Untuk esok, saya tak boleh jamin," terang Hashim.
"Pandailah saya jaga diri. En. Hashim tak payah risau. Saya tahulah apa nak buat. Saya pun sedar Datuk Roestam tu majikan saya, suami orang."
"Ok, saya cuma nak tolong je," ujar Hashim.
"Saya tak mintak pun pertolongan En. Hashim, in fact En. Hashim yang selama ni jual saya pada Datuk kan? So why now?" Suraya memberanikan diri bertanya dan memandang tepat ke mata Hashim.
"Saya mengaku saya silap. Sekarang saya cuba nak betulkan balik kesilapan saya," Hashim menjawab dalan nada mengeluh.
"En. Hashim tak terfikir ke kalau semua ni dah too late? What if kalau saya dah jatuh hati dengan Datuk Roestam?"

Kenyataan Suraya membuat Hashim terpaku. Untuk seketika dia hilang kata-kata. "I'm trying to save. You will thank me one day."
"Thank you for your act today!" balas Suraya keras. Terus dia keluar daripada kereta Hashim dan menghilang menuju ke penginapannya.

Hashim meletakkan kepalanya pada stereng kereta. Dia betul-betul mahu membantu Suraya bebas daripada perangai buas Datuk Roestam. Datuk Roestam sendiri pernah berkata padanya, "This time I'm not fooling around Hashim. She's different. I must get her and you must help me."
"SHIT!" jerit Hashim sambil menghentak tangannya ke stereng. "Apa kau dah buat ni Hashim...!!"

Saat fikirannya masih berkecamuk, telefonnya berdering. Tanpa melihat ke skrin, Hashim menjawab dalam nada keras, "Hellowh..! HELLO..??!"
"Don't you yell at me," suara wanita kedengaran di hujung talian, tenang.
Hashim terkedu, skirn telefonnya di pandang. Tertera nama Rosza.
"Sorry, I tengah serabut," Hashim menjawab acuh tak acuh.
"I dapat tahu you ada affair dengan staff jabatan you. Betul?" pemilik suara itu; Rosza, bertanya dalam nada tegang.
"You pedulik apa?" Hashim naik berang.
"Ingat Hashim, apa yang you dah buat dekat I dan apa yang abang I dah buat dekat you untuk selamatkan you. You patut bersyukur," nada Rosza kini mengugut.
"Eh! Apa you cakap ni? Mengarut apa ni?" Hashim protes.
"I cuma nak ingatkan you, don't you dare ada perempuan lain selagi I ni isteri you."
"Bullshit lah..! Isteri apa benda yang you merepek ni?" Hashim membentak.
"Wow...! You dah pandai marah sekarang kan? Amazing Hashim. Ingat, walaupun orang lain tak tahu yang you dah kahwin dengan adik Datuk Roestam, whom is me, sebab you rogol I dulu, jangan ingat you boleh buat sesuka hati you!"
"Siapa rogol siapa nih?!" balas Hashim keras.
"Heh, lucklily Roestam masih percaya dekat you," balas Rosza ringkas, memutuskan panggilan.

"Aaarrrgghhh!!" Hashim betul-betul bengang. Bersepai telefonnya yang dicampak ke cermin hadapan. Wajahnya merah menahan marah.

***
Hashim menunggu buat kali kedua untuk hari yang sama di hadapan pintu bilik Suraya. Dila telah diarahkan awal-awal lagi untuk menyelenggara urusan makan malam untuk hari itu. Dia sekadar memaklumkan kepada Dila yang dia akan turun lewat daripada waktu hidangan disediakan.
"En. Hashim nak apa lagi daripada saya?" keluh Suraya yang membelakangkan Hashim sambil mengunci pintu bilik.
"Betul yang awak jatuh hati pada Datuk Roestam?" tanya Hashim terus terang.
"Itu hak saya, tak perlu pun bagitahu semua orang kan? Apa hak En. Hashim nak tahu perkara ni daripada saya?" soal Suraya kembali kepada Hashim.

Hashim sekadar diam membatu. Dia hanya mengikut Suraya menuju ke lif untuk turun ke tempat hidangan jamuan makan malam. Hashim seolah-olah hilang hala tuju. Niatnya untuk melindungi Suraya daripada Datuk Roestam turut dibayangi perasaan sukanya pada Suraya. Namun dia buntu. Entah macam mana Rosza; isteri yang hanya pada nama, mengetahui berkenaan hal dia dan Suraya. Lebih malang lagi apabila Datin Aida memerhati gerak geri dia dan Suraya yang berlaku sebentar tadi.

Sampai di pintu masuk ruang makan, Hashim memandang tepat ke arah wajah Suraya, dengan harapan Suraya mengerti niatnya untuk membantu Suraya daripada dikejar Datuk Roestam. Suraya menyambut dengan pandangan 'leave me alone'.

***

Wednesday, September 25, 2013

Bersama Ke Syurga

"Pegang elok-elok Zah," pesan Haji Abdul Karim pada isteri tercintanya Hajah Zahrah.
"Bismillah..." Mak Zah memanjat motor Honda Wave biru milik suaminya. Satu-satunya kenderaan mereka berdua andai mahu kemana-mana sekitar pekan Parit Sulong.
Pak Karim dan Mak Zah, pasangan merpati dua sejoli pekan itu. Kemana sahaja pasti berdua. Kalau nampak seorang saja tanpa teman, pasti ditanya mana pasangannya. Suatu pandangan yang kurang biasa andai belangkas ini bersendirian. Mereka orang terhormat di kampung. Pak Karim guru mengaji juga turut menoreh getah tanah sendiri. Mak Zah pula tukang jahit tradisi. Anak-anak mereka semuanya hidup berjaya di tempat orang. Ada yang berniaga juta-juta, ada yang menjadi doktor pakar dan ada juga yang merintis jejak cendekiawan. Pendek kata, semua anak mereka menjadi.

"Tangan aku ni kebas lagi la Zah," adu Pak Karim kepada isterinya, sejurus mereka tiba ke pasar.
Mak Zah menyambut tangan suaminya. Dipicit-picit dengan niat tidak selesa suaminya dapat dikurangkan. Pak Karim sekadar menadah.
"Mak Zah..!! Tangan boyfren nya tu kenapa?" Tanya Yati, pengusaha santan segera.
Sambil tersenyum Mak Zah menjawab, "Kebas Ti, balik dari noreh pagi tadi lagi."
"Alah Pak Karim, nak manja-manja balik rumah lah..!" Sampuk Kosnon, penjual ikan dan sayur. "Itulah Pak Karim, anak-anaknya semua menjadi, berentilah noreh. Duduk rumah aje. Mintak Viva sebijik, boleh jalan-jalan," sambung Kosnon lagi sambil tersenyum manis.
"Alah, wes orak payah lah Non. Aku kalau mandu nanti dimarah orang, lambat!" balas Pak Karim sambil ketawa.

***
"Aku ingat ayah kau kebas tangannya biasa-biasa aje. Ayah kau tak pernah sakit Ki," kata Mak Zah kepada anak sulungnya, Zaki.

***
"Zah, oooo Zah. Bangun. Subuh yok," Pak Karim mengejut isterinya. Sesuatu yang luar daripada kebiasaan.
Mak Zah bangun, menggosok matanya terus bertanya "Abang tak boleh tidur ye?"
"Tidur juga tapi dah terbangun sebelum jamnya bunyik. Cepatlah, hari ni kita sembahyang sama. Aku malas nak ke masjid," balas Pak Karim sambil membentangkan sejadah untuk mereka berdua.

Usai bersolat Mak Zah menyiapkan bekalan kopi untuk Pak Karim. Pak Karim duduk mencangkung di hadapan pintu, sambil menikmati rokok daunnya. Asap dihela dan dihembus berganti-ganti. Matanya memerhati di kejauhan. Bosan duduk saja, dia mengambil penyapu lidi terus menyapu membersihkan ruang hadapan pintu.

Mak Zah muncul dengan sebiji termos di tangan, berisi kopi panas. "Sudahlah disapunya, nanti saya buatlah. Pergi noreh tu elok-elok, kalau agak penat balik je," pesan Mak Zah lembut.
Pak Karim menghulurkan tangannya, selepas tangannya dikucup dia mengucup dahi isterinya. "Zah, aku ni... Aku ni agaknya kalau kau takde tak bahagia macam ni. Terima kasih ye Zah," Pak Karim menguntum senyum. Senyum yang cukup manis, semanis pertama kali mereka bertentang mata.

***
"Ayah kau tu kalau sayangnya tak bertunjuk. Tapi usaha dia menjaga aku, membesarkan kau, cukup untuk aku tahu sayangnya dia. Awal-awal nikah ayah kau janji, hidup mudah cuma tak mewah, apa yang penting redha Allah. Sampi sekarang Na, ayah kau pegang janji dia," cerita Mak Zah kepada Rohana, anak keduanya.

***
Banyak barang yang dibeli di pasar. Ayam seekor, daging 2 kilo, ikan beberapa jenis dan aneka sayuran.

Mak Zah hanya memerhati kehairanan apabila suaminya beria-ria mahu membeli itu dan ini. "Abang, nanti tak habis, siapa nak makan semua ni?"
Pak Karim sekadar memandang wajah isterinya yang turu sama dimakan usia. Sambil tersenyum dia berkata, "Tak apelah nak beli, ada rezeki lebih. Nanti balik rumah ditelefon Zaki dengan adik-adiknya ajak balik. Kita buat makan-makan."
"Loh, tapi anak-anak kalau tak di bagitahu ye tak sempat nak balik. Nanti membazir beli banyak-banyak," rungut Mak Zah.
"Insya Allah Jumaat malam Sabtu nanti semua sampai di rumah," jawab Pak Karim ringkas, terus berpaling dan berjalan ke arah gerai buah, niatnya mahu membeli rambutan 3 kilo.
Mendengarkan jawapan suaminya, Mak Zah jadi khuatir. Tak pernah suaminya begitu yakin mahu mengajak anak-anak balik tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Tambah pelik apabila pada setiap kalinya, Mak Zah yang akan menyuruh anak-anak pulang ke kampung, bukan Pak Karim.

Tiba di rumah, Pak Karim lekas-lekas membersihkan ayam. Daging dipotong 3 cara berbeza, "Zah yang ini aku potong untuk kau masak kari, Zaki suka. Yang ini kau buat goreng sate untuk Rohana, aku dah potong nipis sikit. Yang ketul-ketul ni nanti buat daging bakar untuk Hadi."
"Yang anak-anak di potongkan, yang saya suka tak ada?" gurau Mak Zah.
Pak Karim sekadar tersenyum. Terus dia bangun membasuh tangan. Selesai membersihkan tangan, Pak Karim mendekati isterinya yang sedang menyiang ikan. Bahu isterinya di pegang lembut, "Zah, aku harap anak-anak yang kita didik mampu jaga kau kalau aku dah tak ada. Mampu buat kita jumpa semula dalam syurga."
"Abang, kenapa cakapnya macam orang dah nak pergi?" tanya Mak Zah berseloroh, matanya berkaca.
Pak Karim mengucup dahi isterinya dan berlalu pergi.

***
"Mak dah redha Hadi kalau Allah nak jemput ayah kau. Dia dah buat yang terbaik. Memang mak akan rindu, tapi mak tahu ayah kau akan tunggu mak nanti," ujar Mak Zah sebak. Anak bongsunya Hadi turut menangis.

***
Hati Mak Zah yang dihambat risau membuatkan dia menelefon anak keduanya, Rohana.
"Assalamualaikum."
"Walaikumsalam...! Kabare mak? Maaf mak ye, tak sempat nak telefon dua tiga hari ni," lekas Rohana meminta maaf. Dia rasa bersalah apabila ibunya yang menelefonnya terlebih dahulu.
"Waras. Na mak nak mintak tolong boleh Na?" pinta Mak Zah.
"Apa dia mak?"
"Esok petang balik kampung Na. Abah kau.... Mak risau jadinya," nyata gusar dalam suara Mak Zah.
"Kenapa kok mak? Abah opo orak sihat?"
"Bukan Na. Pe'el nye pelik. Dia beli lauk dekat pasar banyak Na. Katanya nak anak-anaknya balik hujung minggu ni. Kau balik Na, mak risau."

Rohana berdiam diri seketika. Kalau ikutkan jadualnya memang dia tidak punya kesempatan. Ditambah pula jadual suaminya yang turut sama padat.
"Mak, nanti Na bagitahu Abang Salman dulu ye. Mak nak Na telefon Abang Zaki dengan Hadi tak?"
"Abang-abang kau biarlah mak telefon. Kalau boleh balik ye Na. Cakaplah baik-baik dengan Salman," nada Mak Zah penuh harap.
"Insya'Allah mak. Jangan risau ye mak. Abah ok je tu, agaknya rindu anak-anak," Rohana cuba menenangkan.
"Iyalah, mak harap pun macam tu. Takut nanti kita yang rindu dia dulu."
"Mak... kok cakapnya macam tu. Ajal maut kan kerja Allah."
"Yelah yelah. Dah lah, mak nak telefon Zaki dengan Hadi. Kirim semuanya nanti. Ajak Salman balik ye. Assalamualaikum," Mak Zah memutuskan talian.

Buku panduan telefon diselak, didail nombor telefon anak sulungnya, Zaki.
"Assalamualaikum mak," suara Zaki menyambut.
"Walaikumsalam. Ki dekat pejabat ke sekarang?" tanya ibunya.
"Taklah mak, tengah mandu ni. Ada opo mak nelepon iki?" Zaki bertanya tujuan ibunya menelefon di waktu yang luar daripada kebiasaan.
"Ki, balik kampung hujung minggu ni boleh?" pinta Mak Zah.
"Iso..! Memang nak balik pun. Mak kok tau-tau aje," Zaki menjawab penuh gembira.

Mak Zah tersenyum mendengar jawapan anak sulungnya. Tanpa dia sedar, Pak Karim sudah berdiri di belakangnya.
"Sopo nelepon?" Pak Karim berbisik pada isterinya.
"Saya nelepon si Zaki."
"Bagi, aku nak ngobrol," pinta Pak Karim, mahu berbual dengan anak sulungnya.

"Assalamualaikum Ki," jelas suara Pak Karim teruja.
"Walaikumsalam abah, kabare?"
"Waras. Ki, kau balik hujung minggu ni. Tolong jaga mak," pesan Pak Karim ringkas.
"Abah nak ke mana?" tanya Zaki kehairanan.
"Alah, kalau abah tak ada pun kau kena jaga mak juga nanti. Ni sambung cakap dengan mak, aku nak ke mesjid," Pak Karim terus memberikan gagang kepada isterinya.

Mak Zah menyambut, perbualan antara dia dan Zaki diteruskan.
"Mak, abah orak sihat yo?" tanya Zaki. Kali ini suaranya punya rasa bimbang yang sama dengan ibunya.
"Balik je lah Ki, nanti bawak keretanya elok-elok," Mak Zah menjawab dalam sebak.
"Iyo mak. Nanti Ki balik. Apa-apa nanti telefon ye mak," pesan Zaki sebelum menamatkan perbualan.

Risau yang bersarang dalam hati Zaki membuatkan dia haluannya terus pulang ke rumah. Dia tekad, balik sahaja isterinya daripada mengajar dan anak-anaknya pulang dari sekolah, mereka sekeluarga akan terus menuju ke Parit Sulong.

***
Pak Karim membuka matanya. Keadaan di sekelilingnya sangat berbeza. Dia tidak berada di rumah. Pakaiannya juga bukan seperti selalu. Dilihat di sebelah kananya ada Zaki, sedang mengaji. Duduk dihujung kakinya adalah Hadi, sedang memicit-micit kaki Pak Karim.
"Abah..."
Kedengaran lembut suara anak perempuan tunggalnya. Iras dengan cara Zahrah memanggilnya.

"Allah...."
"Abah...."
Kini suara Zaki yang kedengaran. Dalam balam penglihatan Pak Karim, dilihat Zaki mengesat mata yang berair.

"Allah..."
Mendekati sisinya kini Hadi. Diam tidak bercakap, hanya memegang erat dan mengucup tangannya.

"Allah..."
Pak Karim melihat wajah isterinya, Zahrah. Berdiri di sebalik tirai yang melingkungi dia dan anak-anaknya. Wajah isterinya cantik, muda tak ubah seperti ketika kali pertama bersua muka. Zahrah tersenyum, menghulurkan tangan kanannya kepada Abdul Karim, suaminya.

Zaki merangkul kedua-dua adiknya. Meraka bertiga sama-sama mengesak.
"Sabar Na, Hadi. Ni semua kehendak Allah. Jangan nangis dik. Kita tak mahu mak dengan abah kita terseksa kan?" suara Zaki tenang. Seluruh kudratnya dikeluarkan agar dia kekal tabah.

Innalillahi wa innailaihi raaji'uun

Wednesday, September 18, 2013

SKANDAL: 5

Perjalanan Hari Keluarga Megah Prima lancar. Semua kakitangan sudah pun dikelompokkan kepada pasukan masing-masing mengikut warna yang telah ditetapkan. Aturcara, taklimat program dan taklimat keselamatan telah pun selamat dilangsungkan. Kini masing-masing sedang duduk berehat seketika sambil menikmati makanan yang disediakan. Semuanya menunggu ketibaan Datuk Roestam dan keluarganya untuk merasmikan percutian tahunan mega syarikat.
"Ok, Dila please bawak awak punya anak buah ke tempat parking luar hall ni. Datuk dah sampai entrance," arah Hashim jelas.
"Ok. Suraya, jom..?" Dila mengangguk ke arah Suraya.
"Suraya with me here. Bawak Intan je," Hashim menghalang tindakan Dila. "Su, please make sure the refreshment already on the table. Bila Datuk Roestam dengan family dia ambik tempat, awak tolong jaga kaunter ni, ok?"

Suraya bergerak ke arah meja, menguruskan permintaan ketuanya Hashim. Kalau ikutkan hati teringin juga dia menuruti Dila menyambut Datuk Roestam dan isterinya. Dari cerita yang dia dengar, Datin Aida tu cantik orangnya. Kacukan Melayu Pakistan, anak ahli perniagaan terkaya di Kelantan. Bila difikir balik, kalau tak kerana kaya dan ada rupa, rasanya lama dah Datuk Roestam cukupkan kuota. Tapi yalah, macam kata Kak Farzana, "Sayang bini sebab harta tu Su. Sebab tu la mana-mana perempuan dahi licin dia buat geli-geli aje. Tau ke Datin Aida, bangkrap orang tua tu. Habis dengan bulu-bulu sekali..!" Tersenyum sendiri Suraya bila diingat balik kenyataan tu. Pernah sekali dia bertanya pada Kak Farzana, tak pernah ke ada yang mengadu tentang perangai Datuk. Kak Farzana jawab, "Dulu ada sekali. Budak perempuan tu cantik macam Lisa Surihani. Mengadu dekat Datin pasal Datuk. Kena penampar waktu tu jugak. Siap dengan sembur, carut segala lah. Datuk pulak dapat mc 2 minggu. Agaknya kena torture dekat rumah la tu hehehee.."

Lamunan Suraya tergendala apabila pengacara majlis mengumumkan ketibaan Datuk Roestam dan isterinya. Belum sempat Suraya melarikan diri, pasangan tersebut telah pun berjalan menuju ke tempat dia berdiri.
Datuk Roestam santai mengenakan sepasang seluar bermuda berwarna khakis, dipadankan dengan kemeja lengan pendek biru pekat berhias 2 jalur biru muda menuruni dada bahagian kanan. Berkacamata hitam aviator, lengkap bertopi jenama Nautica. Sekadar memakai sandal kulit ala Rom. Datuk Roestam tersenyum menampakkan barisan giginya yang sempurna.

Suraya melongo. Bagai disampuk patung bidasari, kaku. Datuk Roestam cukup menawan. Gerak gerinya yang bersahaja bertegur sapa, sambil bersalaman penuh mesra dengan kakitangan yang sedia menunggu. Tapi tangan kirinya kekal bertaut dengan seorang wanita cantik tinggi lampai berkulit 'olive'. Itu dia, Datin Aida.

Tubuhnya yang tinggi dipakaikan dengan blouse tanpa lengan rona serupa dengan suaminya. Dilengkapkan dengan cardigan lengan 3 suku warna krim, sepadan dengan straw hat yang dipakai. Sama berkacamata hitam, cuma rekabentuknya berbeza. Memakai wedges warna shocking pink yang dihiasi sekuntum bunga besar warna biru firus, dipadankan dengan beg tangan Marc Jacob warna merah jambu.
Mereka kini berdiri betul-betul di hadapan Suraya. Datuk Roestam membuka kacamatanya, melihat Suraya tepat pada mata dan tersenyum. Jantung Suraya berdegup kencang, pipinya tak semena jadi merah. Dia malu. Mungkin juga dia rindu.
"Jemput duduk Datuk, Datin." Suara Hashim mengejutkan Suraya. Lekas-lekas dia memalingkan mukanya ke arah lain. Dia beralih dari situ. Tangannya diletakkan ke dada. Bagai nak pecah jantung, tak pernah dia merasa sebegitu.

Melihatkan Suraya yang berlalu, lekas Hashim memberikan cue kepada pengacara untuk meneruskan majlis. Dia mengejar Suraya yang melarikan diri secara tiba-tiba. Dilihatnya Suraya sedang duduk di kaunter seperti yang diarahkan, meneguk segelas air. Tangan kirinya dikipaskan ke muka, seperti orang yang menahan kepanasan. Bergegas Hashim merapati Suraya. "Are you ok? Nak pengsan ke?" Hashim menuangkan segelas lagi air.
"Takpe, saya ok. Phew..." Suraya melepaskan lelah.
"Ok ke ni? Takpelah, lepas ni awak rehat dekat bilik. Agak-agak dah ok baru turun semula," pesan Hashim. Rasa risau bersarang dalam hatinya.
"Eh takpe-takpe. Saya ok, betul. Cuma tadi... Hehee..."
"Cuma apa? Kenapa tiba-tiba ketawa macam ni nih?" Hashim kehairanan.
"Tak... Saya cuma, terpegun kejap bila Datuk Roestam pandang saya macam tu." Suraya memandangkan ke arah lain, senyum.
"Dahlah, balik rehat. We don't really need you right now." Hashim terus berdiri tegak dan meninggalkan Suraya yang masih tersengih sendiri mengipas mukanya. Ada kecewa dalam nada suaranya dan Suraya langsung tak perasan.

Kelakuan Hashim dan Suraya diperhatikan penuh minat oleh Datin Aida.
"Roestam, is she new?" Tanya Datin Aida.
"Yang mana?" Mata Datuk Roestam melilau melihat ke arah yang ditunjukkan oleh isterinya. Dia melihat Suraya sedang duduk dan Hashim yang berlalu pergi sambil memasang wajah ketat. "Ya, she's new. Anak buah Hashim. Why honey?"
"They were acting really weird. Baik you check on Hashim tanya what he's been up to. Macam ada skandal," kata Datin Aida dalam curiga.
"Siapa pulak yang ada skandal ni dear, hurm?" Datuk Roestam cuba bertanya, takut rahsianya telah terbocor.
"Diorang berdualah. Ke sebenarnya you yang ada skandal dengan budak baru tu?" Datin Aida meneka dalam rambang.

***
Dari selepas majlis perasmian, sampailah ke waktu makan malam, Datuk Roestam sibuk mencari Hashim. Diatany pada Dila, katanya Hashim menguruskan beberapa perkara akhir untuk gala dinner malam esok. Bila ditanya Farzana, katanya Hashim sudah mula ikut serta cabaran team building kumpulannya. Dek kerana nak mengejar Hashim; sebab nak minta set kan masa berduaan dengan Suraya, Datuk Roestam mengheret sekali isterinya menyertai cabaran team buiding. "I really hope this is not our last vacation Roestam. You macam buang tabiat dah ni!" gurau Datin Aida.

Bukan sahaja Datin Aida, semua kakitangan Megah Prima pun turut terkejut. Tak pernah majikan mereka begitu sporting dan terbuka. Tapi hakikatnya masing-masing tidak tahu yang keterbukaan Datuk Roestam bersebab. Ada serampang 2 mata. Pertamanya untuk menjejak Hashim yang kelihatan cuba melarikan diri. Keduanya, manalah tahu kalau-kalau Suraya ternampak kehebatan dia melepasi halangan cabaran yang diberi. Dapatlah good impression sikit. Nak pikat orang muda lah katakan.

"Aida, please hurry up," pinta Datuk Roestam kepada isterinya. Datin Aida masih lagi belum selesai mendandan rambutnya.
"Roestam, kalau you dah tak sabar sangat you turunlah dulu. Rimaslah...!" rungut Datin Aida. "Kita ni make up pun belum lagi, karang kalau turun selekeh tahu pulak dia malu dengan orang, huh!"
"Fine, I turun dulu ni. Meet you downstairs," balas Datuk Roestam terus meninggalkan isterinya. Dia berjalan tenang-tenang sambi mata melilau mencari kelibat Suraya. Bukan Hashim, Suraya pun entah mana Hashim sorok. "Rasa rindulah pulak," kata Datuk Roestam sendiri sambil menguntum senyum manis. Bukan untuk siapa-siapa tapi hanya untuk perasaan yang sedang bermain dalam jiwanya.

Sampai sahaja Datuk Roestam di dewan makan, dia disambut oleh Dila yang sudah sedia menanti. "Dila? Did anything happen to Hashim?" tanya Datuk Roestam sambil berjalan beriringan dengan Dila menuju ke meja yang telah disediakan untuknya.
"Saya pun tak pasti Datuk. Tapi kalau tengokkan keadaan dia tadi macam dia tengah marah. Itu pun tengahari tadi lah. Sekarang pun dia kata let everybody makan dulu, dia turun lewat," balas Dila sopan.
"Oh, ok." Datuk Roestam terus disendukkan makanan yang telah terhidang. Tanpa menunggu isterinya dia makan terlebih dahulu. Memang dia tengah kelaparan. Maklumlah, selama ni cuma main golf saja, tapi hari ni kena panjat pagar, bergayut dekat palang, berlari, merangkak dan segala macam pergerakan yang boleh dilakukan manusia. Letih dan kebulur jadinya.

Datuk Roestam leka menikmata juadah makan malamnya. Tiba-tiba gelas minumannya dicapai tangan mulus seorang wanita. Lekas dia menoleh.
"Why? Ambik air pun tak boleh?" tanya Datin Aida lantas menghabiskan isi gelas suaminya. "Teruk sangat ke make up I ni sampai you macam nampak hantu?" tanya Datin Aida lagi apabila dilihat suaminya lekap memandangnya tanpa kata.
"Eh tak lah. Tengok sini tangan you tu," balas Datuk Roestam sambil terus mencapai tangan kanan isterinya.
"Eh kenapa ni?" Datin Aida keliru.
Datuk Roestam membelek tangan isterinya. Dia pelik. Tangan yang dilihat mencapai gelasnya tadi mirip tangan Suraya. Mati-mati dia ingatkan Suraya nak tuangkan air untuknya. "Yang, you pakai SKII yang I belikan tu dekat tangan ke?" tanya Datuk Roestam, cuba menyembunyikan rasa angau yang dialami dengan jenaka.
"Hahahahaha.. Roestam..! Sejak bila you jadi kelakar ni....?" hangat ketawa yang terbit dari Datin Aida. Dia terus mendekati suaminya dan membisikkan sesuatu. "Tadi I nampak Hashim dengan staff baru tu keluar daripada bilik sama. Both of them look awkward. I'm suspicious."
Telinga Datuk Roestam jadi hangat. Rasa marah meluap-luap dalam hatinya. "Celaka punya Hashim, kau jamah dulu!" bentak Datuk Roestam dalam hati. Pada detik yang sama, 2 manusia yang dikhabarkan oleh isterinya sebentar tadi memasuki dewan makan, sambil saling bertukar isyarat mata.
***

Monday, September 16, 2013

Indah

"Happy 7th anniversary sweetheart...!" gembira suara Azim mengejutkan lena kekasihnya, Hani.
"Gosh... it's midnight B," Hani merungut, walaupun hakikatnya dia gembira dengan kejutan daripada Azim.
"Its so typical you. Setiap malam anniversary, sejak mula-mula kita kenal dulu you mesti tak suka I wish tengah malam kan? Tapi I peduli apa hehehehe."
"Hehehehe... You always know me. I wonder macam manalah hidup I kalau you tak ada. Tak nak tidur lagi ke ni?" tanya Hani separa lena.
"Kejap lagi tidurlah. Mengantuk dah ni sebenarnya, tapi tahankan juga tunggu sampai tengah malam."
"Em hurm..."
"Esok rasanya tak boleh celebrate lagi sebab B ada prior engagement. Malam kalau honey free kita makan-makan ye. Ajaklah mak sekali."
"Em hurm..."
"Tapi kalau mak tak nak ikut pun ok jugak, boleh kita layan midnight movie ke lepas tu. Best kan?"
"......"
"Honey...?"
"......."
"Dah tidurlah ni. Good night, sweet dreams, sleep tight. I love you, I miss you," Azim memutuskan talian, skrin telefonnya dipandang. Wajah Hani menjelir lidah dengan hidung kemek memandangnya kembali. Skrin telefonnya dikucup, "Saaaayang dia."

***
"Mak, malam ni kita makan dekat luar ye. Azim ajak dinner sekali," Hani memberitahu ibunya lewat sarapan pagi.
"Azim nak masuk meminang kau ke?" tanya Mak Wan.
"Eh mak ni. Kesitu pulak. Saja ajak makan. Nak mintak izin mak agaknya," jawab Hani.
"Hani, suruhlah si Azim tu hantar wakil, pinang kau. Berkawan dah bertahun dah. Dari zaman sekolah," keluh Mak Wan.
"Mak, nanti pandailah si Azim tu datang. Lagipun, Azim kan dah pernah datang rumah jumpa kita sekeluarga. Hani tak cari orang lain lah mak, ni Azim yang sama," balas Hani. Nadanya kedengaran kurang selesa. Bukan dia tak pernah bertanyakan hal kahwin dengan Azim, malah mereka sudah pun merancang akan berkahwin pada tahun depan. Hani sendiri tahu Azim sedang bertungkus lumus bekerja untuk mencari duit. "Mak nak ikut tak malam ni?" soal Hani kembali.
"Mak masak, ajak Azim datang makan dekat rumah. Tak payahlah keluar lewat malam. Eloknya duduk rumah, kan lagi baik. Ajak sekali kalau ada kawan yang lain," ujar Mak Wan.
"Eh? Kenapa pula kita yang nak kena buat makan-makan ni mak? Kita makan dekat luar je lah, senang," bantah Hani.
"Ikutlah, kalau nak makan dekat luar, lepas kerja kau terus pergi. Balik jangan lewat sangat. Tapi kalau nak makan sini, tengahari nanti bagitahu mak," tegas Mak Wan.

Hani menyudahkan sarapannya. Tangan ibunya dikucup sebelum dia keluar pergi bekerja. Keluar sahaja dia dari rumah, dilihat Azim sudah berdiri di hadapan pintu pagar tersengih dengan bunga sejambak di tangan. Hani terpaku. Hendak memakai kasut pun jadi termalu-malu. Dipandang ke kiri dan kanan, ada beberapa jiran menegur dan mengangkat tangan kepada Azim. Ada juga yang menunjukkan tanda bagus kepadanya. Hani menoleh ke belakang, kalau-kalau ibunya ada. Tidak ada sesiapa. Lekas-lekas pintu ditutup perlahan. Hani memberikan isyarat tangan kepada Azim ingin tahu di mana Azim parkir keretanya. Azim sekadar mengangkat bahu. Dengan pantas Hani menuju ke pintu pagar, membukanya dan berdiri bertentangan dengan Azim.
"Happy anniversary. May this be our last anniversary as a couple," ucap Azim sambil menguntun senyum manis.
"Sweetnya... Rasa nak cium pulak, " seloroh Hani sambil merenung wajah belahan jiwanya.
"Nanti eh dalam kereta, bila tak ada orang," gurau Azim sambil mencuit hidung buah hatinya. "Hari ni I jadi driver you. Jom!" Azim menarik tangan Hani menuju ke kereta Saga FLX merah milik Hani.

***
Sejak mula dia melangkah keluar daripada kereta , membawa ke dalam lif sehinggalah dia duduk di cubicle nya, semua orang tersenyum. ada juga yang mengucapkan tahniah tanpa sebab. Semuanya gara-gara jambangan bunga pemberian Azim. Kalau ikutkan hati memang Hani tinggalkan saja bunga tu dalam kereta. Tapi bila mendengarkan bebelan Azim, dia terpaksa menurut. "You tahu kenapa I nak hantar you hari ni? Sebab, kalau I bagi bunga, lepas tu I tinggalkan you pergi kerja sendiri, memang konfem bunga ni jadi hiasan dashboard. Sayang, I bagi bunga ni untuk you, jadi hargailah pemberian ni, erm?" Masih terngiang bebelan Azim. Bukannya Hani tak mahu bawa, tapi dia malu. Orang lain dah kahwin beranak pinak, rileks je. Tak tunjuk-tunjuk pun saling mencintai. "Orang lain tak kahwin atas dasar cinta kot," kata hati Hani.

"Uuuuuuuuu flawa...!! Ini mesti Azim yang kasi kan?" tanya Dina, rakan sepejabat Hani.
"Cantik kan? Saje je dia suruh aku bawak naik ofis, malu gila kot," balas Hani, cuba menyembunyikan rasa bangga.
"Eleh, malu konon. Tapi kau bawak jugak kan naik ofis? Legend betullah kau."
"Dah macam mana nak tinggalkan dalam kereta, dia tunggu depan rumah nak bagi bunga. Siap datang naik teksi nak hantar aku pergi kerja. Lepas tu bebel-bebel bila aku nak tinggalkan bunga ni dalam kereta," terang Hani tanpa bersembunyi.
"Homaigawd...!! Teruja gila bercinta macam ni!" balas Dina sambil mengipas-ngipaskan tangannya ke muka. "He's proposing ke? Korang memang best couple ever yang aku pernah kenal hokey. Cuba selak-selak celah bunga tu, mana tahu jumpa cincin ke?" ucap Dina sambil tangannya laju mencapai jambangan bunga mawar merah 50 kuntum milik Hani.

Melihatkan tindakan Dina, cepat-cepat Hani memeluk jambangan bunga miliknya. "Biar aku check sendiri," ucap Hani merenung tepat ke mata Dina. Dina mengangkat tangan tanda menyerah kalah.

Celah kuntuman bunga diselak, mungkin dia terlepas pandang kejutan lain yang menanti. Mungkin sebab itulah Azim beria menyuruhnya membawa bunga itu ke pejabat. Mungkin sebab itu juga Azim bersungguh menghantar bunga pagi-pagi buta sambil memberi ucapan ulangtahun couple terakhir. Tindakan Azim menjemput ibunya makan malam bersama mungkin adalah petanda memohon restu untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.

"Ada tak? ada tak?" tanya Dina teruja.
"Kalau ada mestilah Azim dah sarungkan dekat jari aku kan," balas Hani cuba menyedapkan hatinya sendiri setelah cubaan mencari 'cincin' gagal. Sekali sekala tanpa diperhatikan orang lain, Hani mencari lagi kejutan harapannya.

***
"Assalamualaikum cinta," sapa Azim apabila panggilannya disambut Hani.
"Waalaikumsalam," balas Hani ringkas.
"Ada orang tu kan... dia kan... sehari ni kan... lepas dapat bunga kan... buat senyap je kan?" gurau Azim.
"Ada kerja, takkan nak main telefon pulak."
"Marah ye? Tell me what's wrong," balas Azim lembut.
"Bunga U tu...." Hani merengek.
"Apa salah bunga tu? Honey, are you crying?" Azim sedikit cemas.
"I sedih tau... I ingat dalam bunga tu ada cincin. I hope you are proposing me... Bencilah you ni..!" marah Hani dalam manja.
"Hahahahahahaha....!! You thought what? I'm proposing you...? Kelakarnya...! Hahahahaha..." bersungguh-sungguh Azim gelak.
"B....!! You are so unbelieveble...! Benci...!" kali ini Hani betul-betul bengang.
"Ok, ok... B tak bermaksud nak gelakkan honey. Tapi kalau I nak propose, I akan buat. Cara Melayulah. Hantar my parents, ada tepak sirih, pencak silat semua tu. I'll do it, I promise you, hurm?" Azim cuba memujuk.
"Baru nak feeling-feeling macam mat saleh, potong betul tau...!" marah Hani mereda. Bibirnya kini mengukir senyum. "Errmmm... B, tadi tengahari lupa nak bagitahu. Actually mak ajak B balik rumah malam ni, makan dekat rumah. Boleh kan?"
"Makan dekat rumah? Emmmm... kalau kita dinner dekat luar je boleh tak? B dah tempah la honey," balas Azim.
"Tempahan tu kan boleh cancel. Jomlah balik rumah, makan dekat rumah eh," pujuk Hani.
"Errmm... I dont think so..." ucap Azim keberatan.
"But why?"
"Errm.... Ala tak suprise la kalau bagitahu."
"Please B, kita makan dekat rumah. Kita ambik hati mak, please?"
"Mak ada marah pasal kita ke?" tanya Azim.
"Taklah, cuma mak tanya bila nak kahwin. In fact mak pun suruh ajak kawan-kawan lain makan sama malam ni," terang Hani cuba mengukuhkan ajakannya kepada Azim untuk pulang ke rumahnya.
"Eh? You plan tak bagitahu I ke?" Azim kedengaran terkejut.
"No, bukan macam tu. Mak macam tak selesa honey keluar dengan B malam ni. So dia plan nak buat makan-makan and dia cakap suruh ajak kawan-kawan lain. Honey tak plan pun, in fact honey pun prefer kita makan dekat luar. Tapi bila fikir balik, rasa macam ok jugak kalau kita makan sama-sama dengan mak dekat rumah," terang Hani panjang lebar.
"Tsk.... I'll pick you up, kita bincang later," Azim menutup perbincangan. Panggilan diputuskan tanpa sebarang kata-kata manis.

***
Makan malam bersama Hani dan Azim tak menjadi. Mood yang berbunga-bunga meraikan ulangtahun hubungan cinta ke 7 ibarat kayu berapi yang disimbah air. Hanya tinggal puntung kayu berasap kemarahan. Kedua-duanya marah dan tidak berkata sepatah pun.

Puas Hani memujuk Azim makan malam bersama ibunya, tapi bermacam alasan yang diberi. bajunya tak sesuailah, belum mandilah, tak cukup bersedialah. Akhirnya, Hani terpaksa menghubungi ibunya yang makan malam di rumah tak jadi, dia akan makan di luar bersama-sama Azim. Jelas kedengaran respon ibunya yang kecewa. Hani dihambat rasa bersalah sepanjang malam.

Azim pula mula rasa bosan apabila asyik dipujuk untuk balik ke rumah Hani. Bukan dia tidak mahu jumpa Mak Wan, tapi bukannya dalam keadaan dia tidak bersedia. Azim tak boleh terima apabila tiba-tiba Mak Wan nak masak dan ajak orang lain makan bersama sdangkan ini adalah ulangtahun istimewa dia dan Hani. Lagipun dia yang terlebih dahulu mengajak Mak Wan keluar makan bersama, cuma jawab nak ikut atau tidak, bukannya merancang perkara lain. Azim tertanya juga pada diri sendiri, teruk sanngatkah dirinya sampaikan nak ajak buah hati keluar makan pun tak boleh? Selama ni tak ada masalah kenapa tiba-tiba malam ni baru nak sibuk tanya pasal kahwin?

"Thanks for today. Sorry lah kalau apa yang B plan malam ni tak menjadi," ucap Hani lembut apabila mereka sampai ke rumah Azim.
"Takpelah. Cuma I tak faham, kenapa mak you macam nak sangat kita kahwin eh?"
"B, kita dah bercinta 7 tahun. Kenal dah lebih 9 tahun. Sorry again ya?" Hani cuba mengenepikan persoalan Azim. Dia mahu membiarkan sahaja masalah itu berlalu.
"It's just a simple question honey, please answer me. Kenapa mak you nak sangat kita kahwin?" Azim bertegas mahu meneruskan perbincangan.
"B... Kita kenal dah lama. Mungkin salah I sebab tak bagitahu mak yang kita plan nak kahwin tahun depan. Takpelah, lepas ni I bagitahu. Harap-harap mak ok lah lepas ni," keluh Hani. Perbincangan mengenai hubungan mereka meruntun tenaga dan emosinya.
"I pun tak bagitahu my parents lagi, tapi takdelah diorang mendesak. I tak fahamlah, your mum sepatutnya percayakan I. Kita dah kenal lama. Tak pernah sekali pun I buat jahat dekat you. Kalau I nak buat jahat dah lama dah, tapi pernah ke? Tak pernah kan! Apa lagi dia nak I buat supaya dia boleh percayakan I?" bentak Azim.
"Tolong jangan cakap pasal mak macam tu boleh tak? Dia mak I okey! Your own future mother-in-law tau??!!" Hani membalas keras.
"Apa gunanya jadi mak mertua kalau bakal menantu sendiri pun tak boleh nak percaya?" Azim membalas sambil menjeling tajam pada Hani. Dia terus meninggalkan Hani di dalam kereta, menonong masuk ke dalam rumah.

***
Mak Wan perasan sejak sampai ke rumah, anaknya langsung tak keluar daripada bilik. Makanan di atas meja pun tak disentuh. Mak Wan keluar rumah, memeriksa kereta anaknya sudah berkunci ataupun belum. Terlihat jambangan bunga besar terletak elok di tempat duduk belakang. Mak Wan masuk semula ke rumah, mengunci pintu dan grill. Dia naik ke tingkat atas, menuju ke bilik Hani.

"Hani, boleh mak masuk?" pinta Mak Wan sambil mengetuk perlahan.
Daun pintu dikuak terbuka. Terlihat wajah Hani yang sembab kerana menangis. Mak Wan sekadar memandang. Dia tidak terus bertanya, "Kalau lapar turunlah makan. Mak tengok kereta kamu tadi, ada nampak bunga. Tak nak bawak masuk ke?"
"Takpelah mak, biar jelah," balas Hani tanpa memandang wajah ibunya. Dia terus memerhati paparan microsoft word pada komputer ribanya.
"Kamu dengan Azim ada masalah ke?" Mak Wan cuba memberanikan diri bertanya.
"Mak... Kenapa mak nak sangat Hani kahwin dengan Azim?" Hani mengutarakan soalan yang dilontarkan oleh Azim kepadanya.
Mak Wan tersenyum. Nyatalah konflik percintaan anak bongsunya adalah kerana isu bernama kahwin. Mak Wan duduk di hujung katil anaknya, "Bukan kahwin dengan Azim, tapi kahwin. Hani, bila kita bercinta kita nakkan suatu kepastian. Hani tanyalah diri sendiri, Hani nak kahwin tak?"
"Entah..."
"Lelaki kalau dia nak dekat kita, dia takkan tunggu lama. Dia akan beranikan diri. Mak bukan nak kata Azim tak mahu dekat kamu, tapi seolahnya dia ada kepentingan lain," ucap Mak Wan terus terang.
"Dia tengah kumpul duit mak, kami nak kahwin tahun depan," balas Hani dengan linangan airmata.
"Alhamdulillah. Mak doakan yang terbaik. Mak tak mengharapkan yang luarbiasa, cukuplah buat yang wajib. Sudah-sudahlah mengejar indah di mata orang, elok lagi kita kejar redha Allah," balas Mak Wan.

Hani ditinggalkan sendirian. Kata-kata ibunya difikirkan mendalam.

*** 2 Tahun Kemudian ***
Hani melihat wajah puteri sulungnya yang lena dibuai mimpi. Hilang segala masalah dunia tatkala menatap wajah ahli syurga pengikat kasih antara dia dan suaminya.
"Cantik. Macam ibu dia. Terima kasih ye sayang, saya janji saya akan usaha lebih banyak lepas ni untuk Arissa.... hurm... dan bakal adik-adik dia nanti."
"Amboi, cepatnya nak tambah lagi," balas Hani sambil menjeling manja ke arah suaminya, Hassan.
"It's a special date isn't?" kata Hassan kepada isterinya.
"Maksud abang?" Hani bertanya untuk kepastian.
"Hani dulukan pernah cerita dekat abang yang tarikh ni Hani pernah dapat 50 kuntum bunga ros?" duga Hassan.
"Please drop the subject. Sejarah je semua tu," balas Hani. Hati kecilnya bertanya sendiri, apa khabar agaknya Azim sekarang.

Selepas pertelingkahan mereka, ada sahaja yang tak kena antara mereka. Semuanya seolah-olah menimbulkan masalah. Hani yang bertindak meninggalkan Azim. Azim cuba memujuk, tapi kerana mereka masih tidak menemui titik persetujuan akhirnya perpisahan merupakan jalan yang terbaik. Azim menghilangkan diri, Hani yang kemudiannya menjadi pengunjung setia Starbucks selepas clash; yang terletak di tingkat bawah menara pejabatnya, dipinang Hassan yang merupakan pengurus cawangan kedai kopi tersohor itu.

"Untuk awak," Hassan menghulurkan sejambak bunga ros merah 50 kuntum kepada Hani, sekaligus mengembalikan Hani daripada angannya.
"Trying to be like him?" balas Hani mengusik.
"No lah, I'm better you know," balas Hassan menghulurkan sejambak lagi kuntuman 50 bunga ros merah sambil tersenyum lebar.

Tuesday, September 10, 2013

SKANDAL: 4

Sudah 4 hari Suraya di kampungnya, bercuti. Sehari sebelum pulang ke kampung dia ada menghubungi Hashim menyatakan tentang permohonan cuti selama seminggu, sempat Hashim bergurau kasar menyakitkan hatinya "Hai, baru 1 malam je kot sama-sama dengan Datuk, terus dapat morning sickness? Datuk should be more careful next time." Celaka punya Hashim.

Kalau diikutkan hatinya, memang dia ingin sangat menghantar surat perletakan jawatan. Dengan perangai bos besar yang gatal, perangai ketua yang menjengkelkan tak ubah macam bapak ayam, memang dia nak berhenti. Tapi entah kenapa, dia hanya melarikan diri. "Takpelah, sambung jelah cuti 2 minggu buat senyap. Pandai lah diorang cari  staff baru yang lagi cantik," ujar Suraya sendiri. Sepanjang percutiannya, Suraya hanya memerap di rumah. Bila ditanya maknya kenapa dapat cuti lama sangat, dia sekadar mengatakan dia digantung kerana menyebabkan kemalangan kecil di pejabat. Kemalangan kecil konon, padahal nyaris mati tengah highway. Alangkan berita kecil sebegitu pun maknya mengurut dada beristighfar mendengar. Seharian Suraya dinasihatkan untuk lebih berhati-hati, kena sentiasa beringat tentang nyawa orang lain. Cuba kalau Suraya dedahkan perkara sebenar, mahu mak dia berbuih mulut pengsan. Sama ada pengsan sebab anaknya berani sangat pukul bos sendiri yang sedang memecut tengah highway dengan handbag atau pengsan sebab bos yang gatal nak mampus tu.

"Suraya...! Su...!! Ni, Pengurus Sumber Manusia syarikat kau ni telefon..!" laung Mak Mah, mak kepada Suraya daripada ruang tamu.
Bergegas Suraya berlari mendapat gagang telefon daripada maknya. "Hello...? Suraya bercakap."
Mak Mah berdiri setia di sebelah Suraya. Cuba mahu sama mendengar. Kepalanya didekatkan ke arah telinga anaknya.

Melihatkan keadaan maknya yang agak menggangu Suraya menagguhkan perbualan, "Sekejap En. Hashim  saya nak cakap dengan mak saya kejap. Jangan letak dulu ye." Suraya memandang Mak Mah sambil tangannya menutup corong gagang telefon, "Maaakkk... Orang tengah cakap dengan bos ni. Mak tunggu jelah dekat dapur, nanti orang bagitahu la."

"Alah, aku nak dengar aje. Apa bos kau tu nak mengorat kau?" balas Mak Mah sambil menjeling.
"Mak, ape ni? Pergilah sambung masak dulu. Nanti orang cerita eh. Dahlah tu mak," Suraya membalas sambil menolak manja bahu maknya, menyuruh orang tua itu ke dapur. Maknya berlalu sambil mengomel sendiri.

"Iya En. Hashim  Maaf kalau kena tunggu lama," Suraya membetulkan semula ton suaranya agar kedengaran profesional.
"So mak awak kata apa? Dia setuju kalau Datuk Roestam masuk meminang?" soal Hashim.
"Huh? Siapa nak masuk meminang?" Suraya keliru.
"Datuk Roestam, kekasih gelap awak. Setuju tak? Baik setuju jelah, dah morning sickness pun kan hahahahaha..."
"Mengarut apa nih??!!" Suraya melenting mendengarkan ketawa ketuanya yang macam hilang akal.
"Hahahaha.... Ehhemm..!" Hashim menghentikan ketawanya, cuba menyambung semula perbualan yang tergendala akibat gurauan terlampau sebentar tadi. "Maaf Su, saya bergurau je tadi. Macam ni, boleh tak awak balik ke pejabat esok?"
"Esok? Kenapa? Cuti saya ada lagi 3 hari."
"Hari Keluarga Megah Prima lusa dan awak salah seorang jawatankuasa yang sepatutnya hadir. Memandangkan esok adalah persiapan akhir sebelum semua kakitangan beramai-ramai bertolak ke Gambang Waterpark, jadi saya syorkan awak datang ke pejabat untuk tolong apa yang patut," jelas Hashim.
"Siapa lantik saya? Saya pun tak tahu lagi nak pergi ke tidak," jawab Suraya tawar hati. Mentalnya masih belum bersedia untuk pulang ke pejabat.
Mendengarkan jawapan Suraya, Hashim rasa tercabar. Dia sudah cuba bercakap sebaiknya agar Suraya dapat turut serta dalam program hari keluarga syarikat tempat mereka bekerja. "Suraya, saya yang lantik sebab saya tahu awak pernah handle event sebelum ni. Saya expect esok pukul 8 awak dah ada di pejabat. No more question," ucap Hashim tegas.
"Kalau ini arahan Datuk Roestam, saya quit!" balas Suraya dengan nada yang sama.
"Like it or not, ini bukan arahan Datuk Roestam. Dan kalau awak fikir yang selepas berhenti daripada syarikat ni akan membuatkan awak selamat daripada datuk tua tak sedar diri tu, you are absolutely wrong. Selagi dia tak dapat, jangan harap awak akan selamat. Esok, 8 o'clock sharp!"

***
Hashim memutuskan panggilan telefon. Terkejut dan marah. Dia tak sangka Suraya sama naik bertegang leher dengannya atas arahan yang diberi. Kenapa perlu marah begitu sekali padanya kalau pun Datuk Roestam yang buat salah? Kenapa perlu berhenti sedangkan yang bermasalah adalah Datuk Roestam? Tak bolehkah sekurang-kurangnya Suraya percaya yang dia sebagai ketua jabatan juga mampu melindungi anak buah daripada gangguan seksual pejabat?

"Aaarrgggghhhh....!!! Bodoh...!"
Hashim bersandar sambil tangannya meraup wajah. Sejak dari mula Suraya bercuti, dia ingin menelefon bertanya khabar. Sekadar mahu bertanya khabar. Tapi kalau itu sahaja alasan yang dia ada, mesti Suraya akan beranggapan yang dia pengendap upahan Datuk Roestam. Oleh sebab itu, apabila mesyuarat penyelarasan terakhir program hari keluarga, dia sengaja mengutarakan keperluan seorang lagi pembantu dan mencalonkan Suraya. Datuk Roestam yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut bersetuju tanpa berfikir panjang. Pasti Datuk Roestam fikir yang Hashim memahami kehendak dirinya yang perlukan halwa mata atau secara spesifik manisan itu adalah Suraya, tapi hakikat yang belum diketahui ialah Hashim juga memasang perasaan yang serupa. Hakikatnya, Hashim juga turut terluka apabila Datuk Roestam seenaknya mengarak Suraya berjumpa rakan perniagaan lain yang sememangnya terbukti bermata keranjang kuasa penembusan tahap tertinggi apabila melihat perempuan.

"Hashim...!! Kalau suka cakap jelah...!! Apa yang susah sangat ni..! Aduuuhhh..!"
Hashim mengampuh kepalanya ke tapak tangan yang bertongkatkan siku. Setiap kali dia cuba berbual dengan Suraya, pasti dia akan bergurau tentang Datuk Roestam. Memang dia juga sakit hati, tapi tindakan Suraya yang naik angin setiap kali diacah begitu membuat Hashim semakin pasti yang Suraya bukan seperti staff perempuan lain yang pernah mendampingi Datuk Roestam. Suraya memang sungguh-sungguh benci pada orang tua gatal tu. Sedikit sebanyak kebencian Suraya itu melegakan hatinya. Membuka sedikit tingkap harapan untuk dia lebih mengenali Suraya. Namun dia juga sedar, status dia sebagai orang kepercayaan Datuk Roestam menjerat dirinya sendiri. Baru kini Hashim rasa tersepit. Tersepit apabila gadis yang menarik perhatiannya adalah perempuan yang turut diidami oleh bosnya sendiri. Bercakap dengan Suraya adalah bercakap bagi pihak Datuk Roestam dan bercerita mengenai Suraya pada Datuk Roestam sememangnya menggores perasaan sendiri.

***
Pulang daripada rutin bermain golf, Datuk Roestam memerhati sekeliling kawasan rumahnya mencari kereta isterinya Datin Aida; Mini Cooper merah hati hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke-25. Telefon bimbitnya dikeluarkan, melihat kalau-kalau ada SMS dariada isteri kesayangan. Tiada yang terbaru. Nombor Datin Aida didail.
"Hello honey, where are you?
Oh, dekat butik lagi. Cepatlah balik tolong kemaskan baju.
Laaa, dah lupa ke? Esok kan nak pergi Gambang Waterpark, family day company I.
Cepat tau balik, I tak pandai nak kemas baju sendiri, so hopeless."

Datuk Roestam tersenyum sendiri. Kini nombor Hashim pula yang dipanggil.
"Hello Hashim, did she came to the office today?
Good good.
Oh masih dekat ofis lagi?
Nevermind, lagi pun malam ni I dah janji dengan Aida. You tahulah kalau nak pergi family day kena pasang perangai baik.
Hey Hashim, I'm counting on you to look after her ok?"

Senyum Datuk Roestam semakin melebar. "Hai senangnya dalam hati, kalau beristeri dua. Seperti dunia ana yang empunya... hey..!" Datuk Roestam menyanyi gembira.

***
"Kata sikit, ni banyak lagi yang tak siap ni," Suraya merungut sendiri. Kak Farzana, Dila dan kakitangan lain yang membantu Hisham semuanya sudah angkat kaki. Sambil dia menyiapkan pembahagian kumpulan, peta dan klu pencarian harta karun, sempat dia menjeling ke arah Hashim yang sedang menjawab telefon di hujung ruang brainstorming. Hashim nampak tertekan. Kakinya tak berhenti berdetak. Banyak mengangguk dan sekadar bercakap satu dua patah perkataan. Hujung panggilan sekadar tersenyum sumbing separuh bibir. Hashim juga kelihatan mendengus sambil menghenyak telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Pemerhatian Suraya di tangkap oleh mata Hashim  Segera Suraya menyambung kembali penumpuannya ke arah skrin laptop, sambung menaip kerja yang entah bila akan sudah.

"Pack up, cukuplah untuk malam ni," ujar Hashim tanpa memandang Suraya dan terus mengemaskan kertas yang bertaburan dan disusun kemas dalam fail. Tingkahnya yang tertekan cuba disorokkan.
"Is everything all right En. Hashim?" tanya Suraya ingin tahu. "Sebab banyak lagi tak siap ni."
"Just do what I say. Please, no question ask," jawab Hashim menahan marah.
"Did Datuk Roestam call just now?" tanya Suraya cuba menduga.
"For god sake Suraya! Kau suka sangat ke dekat orang tua tu?!" Hashim melenting. Tanpa sengaja dia melepaskan marahnya pada Suraya.
"Sorry En. Hashim  I'm just asking. Ok, saya kemas," cuak Suraya apabila dimarahi ketuanya. Tak pernah dia melihat Hashim marah sebegitu. Selama ni kalau ada sebarang masalah Hashim akan kekal tenang, cuma mungkin berkerut mencari penyelesaian. Hashim dilihat seolah membawa masalah yang maha berat. Apa masalah Hashim yang sebenarnya Suraya pun tak tahu. Dia terus mengemaskan dokumen yang perlu di bawa ke Gambang esok pagi.

"Suraya, nak tumpang saya balik ke?" Hashim bertanya, memecahkan kesunyian yang membeku antara mereka dek amukan kecil Hashim tadi.
"Eh, takpe. Saya naik bas je. Lagipun fobia la naik kereta berdua dengan lelaki," Suraya berseloroh.
Hashim tersenyum, terbit ketawa kecil daripadanya.
"Apa yang kelakar?"
"Takde papelah. Suraya, maaflah pasal tadi. Saya ada masalah sikit," jelas Hashim. Hatinya reda sedikit.
"Saya tak kesah pun. Cuma terkejut je. Baru-baru ni pun kena marah juga," balas Suraya selamba.
"I'm sorry for that. Saya mengaku yang Datuk Roestam tak sepatutnya buat awak macam tu. Dahlah, jom balik. Awak keluar dulu, saya nak matikan lampu dan kunci pintu." Hashim dapat rasakan beban dalam hatinya semakin ringan apabila mengaku pada Suraya yang dia tidak senang dengan tindakan Datuk Roestam. Kalau boleh biarlah Suraya tahu yang dirinya boleh dipercayai.

Sambil menunggu lif, Suraya termenung sendiri. Malam ini 2 perkara tak terduga telah berlaku;
1. Hashim naik marah dengan dirinya (ini kali yang kedua selepas panggilan telefon yang dibuat ke rumahnya)
2. Hashim tak setuju dengan tindakan Datuk Roestam.

"Hurm, macam-macam perangai orang dekat ofis ni..."
"Perangai apa?" Hashim muncul disebelah Suraya.

Belum sempat menjawab, lif berdenting membuka pintunya.
***

Friday, September 6, 2013

Oh dear my dear

Oh dear, my dear...
Last night I dream
I dream of you...

I'm not just seeing you
but I touch you
I've felt the warmth
Something that I used to have
No
Something that we use to share
through the rough time of our lives

We hold hand in comfort
as if we know we will always have each other
now and then
And I have feel at ease
even by the touch in the dream

Oh dear my dear...