Jumaat,
hari penuh berkat, aku nanti hadirmu.
Pagi-pagi aku bersiap,
seusai tanggungjawab pada yg Esa.
Dalam renyai dan dingin pagi
ada sesuatu yang aku cari
setiap kali Jumaat bercuti...
Pasar itu aku tuju,
aku tahu akan kutemukan
kemanisan wajah menyeri pagi
mencairkan beku hati...
Dikejauhan pasti terlihatkan
kau yang berkerudung labuh itu
berpakai kemas bersama apron berbunga kecil warna biru.
Tangkas gapai jari mulusmu,
senyum simpul mengangguk berkala
menghulur bungkusan sambil akad
dan tanda kasih kau lafazkan.
Oh, terleka...
Ada talam dihadapanmu,
kepulan asap tanda panas,
kerumun sang ibu tanda murah,
suapan lahap tanda enak...
Langkah mendekati tanpa sedar
hanya aroma karipap pusarmu jadi panduan.
Ku hela dalam pejam, senyum terukir di wajah.
Dengan tenang si gadis bertanya
'Dua ringgit macam biasa..?'
Lembut sapaan, ibarat kenal sudah lama
Namun tidak tahu nama dan usia
'Iya, dua ringgit seperti biasa...'
Dalam huluran bungkusan karipap itu
terjelas akhlak dirimu indah
santun tutur kata
'Datang lagi ya...'
Hanya senyuman mampu ku balas
namun hatiku sudah berkata
'Pasti...'
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
kata-kata dalam minda apabila sampai ke hati khuatir ia terpesong dek nafsu. aku bicara dalam tinta elektronik, bukan sebab gengsi, tapi atas sebab tersendiri... ~pitamlah..!~
Sunday, December 23, 2012
Dia berkerudung labuh...
Labels:
akupunyapasal
Sunday, December 16, 2012
GEMULAH
Penulisan
ketika menjaga ujian untuk pelajar. Mesti budak-budak ni fikir aku tengah buat
kerja yag produktif, sebab muka aku kekal serius.
Sepatutnya
kena mengajar tapi memandangkan aku belum buat lagi ujian penilaian yang
sepatutnya untuk mereka maka kita adakan ‘on spot test’. Soalan ikut suka hati,
lepas ni baru fikir skema. Boleh ek macam tu….? Suka hati akulah, dah kita buat
dia bukan dia buat kita (ayat mak kalau memasak hahahaha).
Baru balik
daripada kampong Batu Pahat, berat badan dah naik saploh kilo! Kau boleh? Kalau
tak boleh, mari ikut aku sama pak incik balik johor, silap2 kau boleh naik
limeblas kilo! Pertama kali pak incik tak ajak keluar makan sup kambing kali ni
sebab kata beliau asyik makan je dekat rumah mak. Itulah dulu malu2 sangat,
tengok sekarang apa jadi? Mak pun tengok muka senang hati bukan main. Tapi
yelah, dah namanya mak kalau anak balik mestilah suka. Dapat pulak anak hampir
durhaka macam aku ni, nak balik kampong punyalah liat nauzubillah. Tapi duduk
jauh, moga Allah ampunkan aku dan melindungi mak dan abah selalu.
Ok, baru2
ni aku ada tahu 1 perkataan baru. GEMULAH, bukan GEMUKLAH atau GEMP U SEKARANG
atau GEM U LAH. Bukan dan kau jangan nak bukan2 dekat sini. Aku serius ni nak
mengajar hahahahaha (tapi gelak, boleh?). Aku baru je tahu pasal perkataan ni
dalam bulan ni. Jalan2 blog orang lain, lantas terserempak perkataan ni.
Rupanya maksud perkataan ini adalah ‘ARWAH’. Oh orang mati rupanya. Nasib baik
aku tak sesuka hati panggil member sepejabat dengan gelaran gemulah. Haish,
Allah bagi umur panjang2 sedap2 kita pula menamatkan riwayat. Nak kena petir
tengah bendang agaknya. Musim2 hujan macam ni jangan mintak, karang dapat terus
pikul gelaran gemulah bila kawan2 borak pasal aku. Mohon Allah tamatkan riwayat
dalam keadaan husnul khatimah untuk kita semua.
Hai
budak2 nih, ujian pun jeling nota lagi ke? Memang mintak yang tak disangka2 ni
macam ni! Tunggu sekejap, nak buat balingan marker pen jurus lintas kelas.
Labels:
akupunyapasal
Subscribe to:
Comments (Atom)